Musharraf DiLempar Kasut Peguam

780
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/musharraf.jpg

Sekumpulan kira-kira 20 peguam mengadakan bantahan pada hari Jumaat terhadap bekas pemerintah tentera itu di Mahkamah Tinggi Sindh, dengan menjerit “dia diktator dan dia harus digantung” sebelum salah seorang daripada mereka melemparkan kasut kepadanya.

Rakaman televisyen walau bagamana pun menunjukkan lemparan kasut itu tidak kena. Saksi berkata pelaku telah ditahan oleh pegawai-pegawai keselamatan berpakaian biasa.

Musharraf, yang pulang ke Pakistan pada Ahad lalu setelah empat tahun dalam pengasingan diri hadir ke mahkamah untuk melanjutkan ikat jamin dalam tempoh seminggu yang diberikan kepada beliau atas tuduhan pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto pada tahun 2007, pemecatan hakim negara dan yang membunuh seorang pemimpin nasionalis Baloch pada tahun 2006.

Pegawai mahkamah berkata jaminan dalam kes hakim ‘Musharraf telah dilanjutkan selama dua minggu lagi. Seorang ahli parti ‘All Pakistan Muslim League’ (APML) berkata, beliau telah diberi lanjutan selama 21 hari dalam dua kes yang lain.

Bekas diktator itu masih sangat kontroversi setelah hampir lima tahun beliau meletakkan jawatan dalam menghadapi prosiding pemecatan dan tidak terfikir untuk menjadi pencabar serius pada pilihan raya pada Mei depan, yang beliau telah berikrar untuk bertanding.

Di pejabat, dia adalah sekutu utama AS dalam “perang terhadap keganasan”, satu pakatan yang menjadi amat kontroversi di Pakistan, dan pernah mengelakkan  diri dari sekurang-kurangnya tiga cubaan pembunuhan oleh al-Qaeda.

Anak Benazir Bhutto, Bilawal Bhutto Zardari, yang merupakan pengerusi Parti Rakyat Pakistan, telah menuduh Musharraf membunuh ibunya.

Pada tahun 2010 laporan PBB berkata kematian Bhutto mungkin dapat dihalang dari berlaku dan menuduh kerajaan Musharraf gagal untuk memberi perlindungan yang mencukupi kepada Benazir. [sumber AJE]