Beliau turut memberi peringatan kepada penduduk Gaza bahawa Palestin menghadapi tekanan kempen politik, ekonomi, ketenteraan dan media yang berterusan dari musuh, supaya menyerahkan tanah air mereka.
“Kami menolak penempatan semula di Lubnan, Syria, Jordan atau Sinai,” kata Ismail Haniyeh yang menekankan bahawa rakyat Palestin wajib menolak idea untuk keluar dari Palestin dan menetap di mana-mana tanah selain daripada tanah Palestin.
Beliau berkata demikian dihadapan ribuan penduduk Gaza pada hari Jumaat malam pada 29 Mac, ketika berucapan sempena sambutan Hari Tanah yang ke – 37
Beliau menambah bahawa Hamas akan meneruskan usaha untuk mencapai perjanjian perdamaian dengan Fatah yang merupakan saingannya di Palestin.
Sementara itu, kira-kira 2,000 penduduk Arab di Israel mengambil bahagian dalam protes di Taibe menjelang Hari Tanah yang merupakan acara tahun rakyat Palestin pada setiap 30 Mac untuk memperingati kematian enam rakyat Palestin yang syahid pada tahun 1976 ketika rusuhan membantah perampasan tanah oleh rejim Israel.
Di Tebing Barat, penunjuk perasaan bertempur dengan tentera laknatuLlah Israel, pada demonstrasi menjelang Hari Tanah di mana aktivis Palestin degan sokongan masyarakat antarabangsa menganjurkan perarakan di lima buah kampung yang terletak di selatan bukit Hebron.
Kampung-kampung tersebut berada dalam risiko menjadi rampasan Israel kerana terputus jauh dari seluruh Tebing Barat jika Irael meneruskan rancangan pembinaan penempatan dan menguatkuasakan halangan keselamatan.
Apa yang sepatutnya menjadi perarakan aman bertukar menjadi ganas apabila tentera cuba untuk menghentikan penunjuk perasaan daripada mengakses jalan tempatan. Askar-askar melepaskan gas pemedih mata untuk cuba menyuraikan orang ramai, dan beberapa orang telah ditahan.
Pembinaan Israel di Tebing Barat dilihat oleh masyarakat Arab sebagai satu cara untuk mengubah demografi penduduk dalam usaha untuk mewujudkan majoriti Yahudi di kawasan itu




























