Mubarak Wakaso Tidak DiHukum Pamerkan ‘Allah Maha Besar’

1050
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/The-Ghanian-team-celebrates-Mubarak-Wakaso-goal-bpp-500.jpg

Pemain muda berusia 23 tahun memulakan kerjaya sebagai pemain senior di kelab Ashanti Gold SC dan berpindah ke luar negara pada tahun 2008 apabila bermain dengan kelab Sepanyol Elchee CF.

Mubarak didapati bersalah kerana mengangkat baju pasukannya dan mempamerkan T-shirt  bertulis ‘Allah Maha Besar’ (Allah is Great) ketika meraikan kemenangan Ghana menentang Mali pada 24 Januari lalu.

Menurut peraturan FIFA pemain bolasepak tidak dibenarkan untuk memaparkan slogan politik atau agama di atas padang.

Keputusan untuk tidak menghukum Mubarak mungkin dipengaruhi oleh fakta bahawa persekutuan bola sepak akan dituduh berat sebelah keagamaaan berikutan FIFA telah gagal untuk menghukum kesalahan yang sama pada masa lalu.

Penyerang pasukan bola sepak Brazil yang beragama Kristian tidak dihukum kerana pernah mempamerkan T-Shirt berslogan ‘Saya milik Jesus’ (I Belong To Jesus) pada Piala Dunia di Brazil tahun 2002, dan di Milan pada 2004 Scudetto serta ketika piala Liga Juara-Juara tahun 2007.

Bintang Afrika Selatan, Steven Pienaar juga pernah meraikan kemenangan dengan mempamerkan tulisan ‘God Is Great’ mesej terpampang pada T-shirt beliau pada satu perlawanan, tetapi tidak dihukum.