Perintah itu, yang dikeluarkan oleh pemerintah tertinggi Korea Utara, menandakan retorik terbaru ‘berapi-api’ dari Pyongyang sejak permulaan latihan bersama ketenteraan oleh AS dengan pasukan tentera Korea Selatan awal bulan ini.
“Arahan Tentera Rakyat Korea mengisytiharkan bahawa semua askar, artileri termasuk unit roket strategik dan unit meriam jarak jauh akan diletakkan di bawah kelas-A berseda untuk memerangi,” Agensi Berita Pusat Korea berkata pada Selasa.
Walaupun Korea Utara berjaya melancarkan roket jarak jauh pada bulan Disember, namun kebanyakan pakar percaya Korea Utara masih jauh dari pembangunan sebenar peluru berpandu balistik antara benua yang boleh menyerang benua Amerika Syarikat.
Hawaii dan Guam juga akan berada di luar julat peluru berpandu jarak sederhana, yang mungkin mampu dicapai Korea Utara, bagaimanapun, pangkalan tentera AS di Korea Selatan dan Jepun disebut akan menangkisnya.
Sehubungan itu, kementerian pertahanan Korea Selatan berkata ia telah mengesan ada tanda-tanda aktiviti luar biasa oleh tentera Utara tetapi akan memantau keadaan. Korea Selatan dan tentera AS sedang menjalankan latihan sehingga akhir bulan April, yang mereka menekankan ia adalah latihan ketat pertahanan semula jadi.
Pengumuman mahu memerangi AS dibuat Korea Utara selepas beberapa hari tentera Korea Selatan dan AS menandatangani satu perjanjian baru yang menyediakan tindak balas tentera bersama, walaupun tindakan provokatif tahap rendah datang dari Korea Utara.
Korea Utara pernah mengebom sempadan pulau Korea Selatan pada November 2010, dan membunuh empat orang. [Sumber AJE]





























