Terengganu, Malaysia

Ribuan Mengiringi Jenazah al-Bouti

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/jenazah%20albouti.jpg

Pasukan keselamatan pada hari Sabtu menutup semua jalan menuju ke masjid Umayyah, yang dibina pada abad ke lapan, di mana pengebumian Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Bouti, 84, telah diadakan. Al-marhum adalah merupakan Imam Masjid Umayyah, satu mercu tanda di Damsyik.

Al-Bouti, cucu beliau dan 48 yang lain terbunuh pada hari Khamis apabila pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan di dalam sebuah masjid di mana beliau telah memberikan satu kuliah pengajaran agama.

Serangan itu telah dikutuk oleh pelbagai pihak termasuk oleh rejim Assad dan pembangkang Syria, bahkan seluruh umat Islam di dunia.

Al-marhum adalah tokoh yang paling kanan agama di Syria dan merupakan tokoh Islam ke-23 dalam senarai 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan