Keesiokkannya pula, mereka beramai-ramai berarak ke negeri Kelantan Darul Naim dan melakukan perkara yang sama di Kota Bharu
Ramai yang hairan dan tertanya-tanya, mengapa Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan para pekerja CIMB bersungguh-sungguh mengadakan jelah piket ke seluruh negara selepas mereka berpiket di hadapan ibu pejabat CIMB Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada 15 Diember lalau.
Ada cerita yang menyayat hati disebalik kesungguhan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan para pekerja CIMB mendakan jelajah piket ke seluruh Malaysia sejak mereka memulakannnya pada hujung tahun lalu itu.
Menurut catatan NUBE, Norlaily Mat Loddin [gambar] berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan.
Pada 20 November 2012, jam 9.20 pagi, Norlaily telah diarahkan oleh Pegawai Akaun Simpanan, Halimah untuk melakukan transaksi pengeluaran dari “dana kakitangan”. Didapati bahawa terdapat keraguan pada salah satu tandatangan di atas slip pengeluaran.
Pengurus Cawangan bank, En. Amiruddin Hanuddin telah menurunkan tandatangan pada slip tersebut sedangkan orang yang sepatutnya menandatangani adalah Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, En. Helmi.
Norlaily memaklumkan Halimah bahawa slip pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh orang yang sepatutnya. [Lihat Video]
Halimah lantas memberitahu Amiruddin tetapi beliau tetap berkeras agar Norlaily meneruskan transaksi tersebut. Norlaily pula bertegas dengan pendiriannya dan berulangkali menyatakan bahawa transaksi seperti itu adalah menyalahi undang-undang sekiranya slip pengeluaran tidak disahkan oleh orang yang sepatutnya.
Amiruddin lalu memanggil Norlaily ke meja beliau dan menjerit terhadapnya, memarahi dan seterusnya mengancamnya dengan berkata, “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.
Norlaily yang diserang dan diugut di hadapan para pelanggan bank dan rakan-rakan sekerjanya berasa terhina, malu dan takut; semuanya bercampur-baur dalam dirinya. Akibat tekanan dan asakan yang hebat, dia mula jatuh sakit dan akhirnya pengsan di situ. Beliau diusung beberapa orang rakan sekerjanya dan dibawa ke klinik oleh pegawainya.
Beliau hanya sedar apabila diberikan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Nilai. Laporan perubatan menyatakan bahawa beliau berada di bawah “tekanan tinggi di tempat kerja”. Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.
Tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya, Norlaily lalu mengemukakan aduan rasmi (grievance) pada 28 November 2012 tetapi Amiruddin menolak untuk mengesahkannya. Hanya selepas laporan polis dibuat, barulah Amiruddin mahu menandatanganinya.
Inilah jenis ketidakadilan yang didukungi oleh CIMB Bank bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dato ‘Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.
……..[Berita sebelum ini ; Adik Najib Sebab Utama Demo NUBE dan kakitangan CIMB]










