Terengganu, Malaysia

Bekas Pembantu, Sepupu Ghaddafi Ditahan di Mesir

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/qaddaf%20aldam.jpg

Menurut agensi berita Mesir MENA, pada hari Selasa pihak berkuasa penyiasatan, keselamatan awam dan angkatan operasi khas telah mengepung rumah Qaddaf al-Dam [gambar], dalam kejiranan Zamalek di Kaherah sebelum subuh.

Beberapa das tembakan telah dilepaskan semasa pengepungan, tetapi saksi telah memberi laporan yang bercanggah, sama ada ia adalah dari Qaddaf al-Dam yang melepaskan tembakan ke udara untuk menjauhkan polis atau pihak polis yang telah melepaskan tembakan ketika mereka cuba menyerbu bangunan tersebut.

Namun begitu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Berkuasa Mesir telah mengeluarkan waran penangkapan Qaddaf al-Dam selepas Interpol mengeluarkan ‘notis merah’ untuk mengekstradisi beliau ke Libya bagi menghadapi tuduhan rasuah, bersama-sama dengan bekas duta Libya Ali Mahmoud Maria dan bekas pegawai kerajaan, Mohamed Ali Ibrahim.

Polis Mesir juga telah memberkas Ali Mahmoud Maria dan Mohamed Ali Ibrahim pada Selasa di kawasan kejiranan lain Kaherah. Mereka menyerah diri tanpa rintangan.

Pihak berkuasa Mesir berkemungkinan mendakwa Qaddaf al-Dam kerana menentang apabila beliau cuba ditangkap.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan