Terengganu, Malaysia

Tikam Menikam Dalam BN; MIC tolak BN, Umno Tolak MCA

http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita20/bkttunggal.jpg

Ketidakpercayaan MIC dilihat amat mengejutkan apatah lagi MIC yang merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini adalah salah satu sekutu kuat UMNO dalam (BN) Barisan Nasional.

Manakala BN telah mengambil keputusan untuk tetap meletakkan bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat di kerusi palimen Pandan sedang MCA telah melenyapkan nama Tee Kiat dari senarai calon parti tersebut.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pda Rabu 20 Februari menegaskan, MCA tidak memasukkan Tee Kiat kerana menurutnya Tee Kiat tidak mendapat dokongan dari bahagian MCA tersebut bagi kerusi Pandan.

“Ini adalah antara ‘caca marba’…….kelam kabut Barisan Nasional diantara parti-parti perkauman yang jelas meletakkan keputusan politik melebihi keperluan dan kehendak rakyat,

“sedangkan pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa sokongan kepada BN semakin hari semakin menjadi terpencil,”kata ADUN Bukit Tungal, YB Dr. Alias Razak.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata demikian pada hari ini Rabu 27 Februari, ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar dekat sini.

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata, Umno telah lama ‘menikam’ bangsa sendiri dengan menjual kerusi orang majoriti orang Melayu kepada sekutu-sekutunya MIC dan MCA.

“Umno pula mendakwa mereka pejuang Melayu tetapi kawasan parlimen Teluk Kemang, Bandar Tun Razak, Hulu Selangor, Kuantan, Kota Raja, Air Hitam, Gelang Patah, Pandan, Gerik, Tanjung Malim, Simpang Renggam dan Teberau,

“yang semuanya mempunyai majoriti orang Melayu dan undi Melayu telah diberikan kepada MCA dan MIC, dan sekarang Umno mahu sekali lagi memberikan kerusi Pandan kepada Ong Tee Kiat,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru orang-orang Melayu di negeri Terengganu ini sedar ‘tipu daya’ dan sandiwara Umno dengan sekutunya MIC dan MCA yang telah lama menyembunyikan hakikat sebenarnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan