Terengganu, Malaysia

Mahkamah Kaherah Arah Musnahkan Terowong Antara Mesir dan Gaza

Tuntutan supaya terowong dimusnahkan dibawa oleh para peguam berhaluan kiri yang mendakwa rakyat takut risiko keselamatan negara terancam walaupun mengetahui kerajaan Mesir diperintah parti keadilan dan kebebasan, sayap ikhwn al-muslimin, mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan Hamas yang berkuasa di Gaza.

Penasihat keselamatan negara kepada Presiden Mohammed Morsi, Essam Haddad, telah berkata Mesir tidak akan bertolak ansur dengan aliran dua hala senjata yang diseludup melalui terowong, menyebabkan ketidakstabilan di semenanjung Sinai.

Tentera Mesir telah membanjirkan beberapa terowong tersebut dengan air kumbahan pada awal bulan ini.

“Mahkamah memutuskan untuk mewajibkan kerajaan memusnahkan terowong antara Mesir dan Gaza,” kata hakim mahkamah pentadbiran Kaherah , Farid Tanaghou, pada Selasa.

Dianggarkan 30 peratus daripada barang-barang keperluan seramai 1.7 juta penduduk Gaza adalah dibawa melalui terowong tersebut, yang memintas sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir selama lebih daripada tujuh tahun.

“Saya memfailkan kes itu kerana saya bimbang tentang keadaan keselamatan negara saya selepas kebangkitan Ikhwan Muslimin kepada kuasa dan dasar-dasar yang tidak jelas dan hubungan dengan Hamas,” kata Wael Hamdy, salah seorang peguam yang terlibat.

Beliau berkata kes itu telah dibawa selepas 16 pengawal sempadan Mesir terbunuh pada Ogos lalu oleh militan tidak dikenali, di semenanjung Sinai berhampiran sempadan Gaza.

Dakwaan menyebut beberapa lelaki bersenjata telah memasuki Mesir melalui terowong Gaza, namun ia dinafikan oleh rakyat Palestin.

Beuluh-puluh terowong telah dimusnahkan sejak kejadian itu, tetapi, menurut Hamdy, terdapat 2,000 lagi masih terbuka – Sumber AJE

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan