Libya Sambut Ulang Tahun Kedua Kebangkitan Rakyat Dalam Berjaga-jaga

741
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Libya%202nd%20annivasary.jpg

Dua tahun selepas Ghaddafi dibunuh pada Oktober 2011, sempadan negara telah ditutup dan beberapa penerbangan antarabangsa digantung di tengah-tengah kebimbangan wabak baru keganasan.

Ulang tahun kebangkitan disambut dengan kritikan terbaru  terhadap pemerintah semasa negara Libya yang dituduh gagal untuk melakukan pembaharuan yang amat diperlukan.

Peringatan dua tahun pemeritahan ‘revolusi baru’ juga disambut sehari selepas pegawai keselamatan berkata, mereka telah menangkap beberapa orang asing f di Benghazi yang disyaki menjadi mubaligh Kristian dan mengedarkan buku-buku percetakan tentang agama Kristian.

Pada hari Jumaat, beribu-ribu orang yang berkumpul di bandar-bandar utama Tripoli dan Benghazi untuk meraikan 15 Februari 2011 saat awal protes yang menyalakan pemberontakan dua hari kemudiannya.

Tiada program rasmi irancang untuk sambutan ulang tahun Ahad ini, tetapi pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah sebarang keganasan pada hari apabila sambutan spontan dijangka diadakan.

Sempadan Libya dengan Mesir dan Tunisia telah ditutup selama empat hari sejak hari Khamis, dan semua penerbangan antarabangsa telah digantung kecuali di lapangan terbang Tripoli dan dari bandaraya kedua Benghazi – Sumber Al-Jazeera