Ribuan Penyokong EnNahda Turun Ke Jalanraya

802
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/himpunan%20ennahda.jpg

Mereka membanjiri Habib Bourguiba Avenue, lokasi mencetuskan pemberontakan 2011 yang akhirnya menggulingkan presiden Zine El Abidine Ben Ali.
dengan membawa bendera parti dan beberapa orang membawa sepanduk hitam  Salafi, pada hari Sabtu.

“Menyokong Ennahda adalah satu tanggungjawab”, laung mereka, sambil mencemuh bekas perdana menteri Beji Caid Essebsi ketua kelompok sekular, yang menggambarkan dirinya sebagai alternatif kepada golongan Islamis pemerintah.

Perhimpunan besar  itu bertujuan menunjukkan kuasa dan perpaduan dengan parti Islam Ennahda, agar meneruskan pemerintahan di Tunisia

Menurut laporan al-Jazeera, mereka melaungkan slogan mengecam saki-baki rejim bekas sekular dan pembangkang, yang didakwa cuba untuk melemahkan Ennahda, dan menegaskan bahawa Ennahda mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam mana-mana pakatan berkuasa kerana mereka adalah parti politik terbesar yang menang dalam pilihan raya Oktober 2011.

Perhimpunan besar-besaran itu telah dianjurkan oleh Ennahda untuk mengutuk rancangan Perdana Menteri Hamadi Jebali, membentuk sebuah kerajaan teknokrat dalam usaha untuk menyelesaikan krisis politik terburuk Tunisia sejak revolusi.

Jebali, yang juga pemimpin nombor dua Ennahda, mengumumkan rancangan untuk membentuk sebuah kerajaan yang non-partisan ekoran kemarahan awam atas kejadian pembunuhan pemimpin berhaluan kiri Shokri Belaid, yang telah ditembak mati di luar rumahnya pada 6 Februari.

Pembunuhan Belaid mencetuskan pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan pembangkang dan polis dan serangan ke atas pejabat Ennahda.

Keganasan dilaporkan meningkat di Tunisia dalam kegawatan berlanjutan selepas beberapa bulan kegagalan untuk membaik pulih kerajaan.

Perdana Menteri telah mengugut untuk meletakkan jawatan jika beliau gagal untuk mendapatkan sokongan terhadap cadangan beliau bagi keperluan untuk membentuk kerajaan baru.

Selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama parti-parti pada hari Jumaat, Jebali berkata perbincangan mengenai pentadbiran baru telah dijadualkan pada hari Isnin dan tarikh akhir bagi pembentukan kerajaan baru sebelum hari Sabtu telah dibatalkan, dengan tiada tarikh baru dicadangkan..