“Tetamu yang diraikan untuk memberi ulasan (manifesto) Dr Mohamad Khazani Abdullah. Dia ( Dr Khazani) ini tokoh saintis negara tahun 2001.
“Banyak (ramai) di kalangan kita (rakyat) tidak sedar dalam PAS ini banyak tokoh-tokoh yang boleh menyelesaikan masalah negara tetapi PAS tidak diberi peluang kerana demokrasinya tidak betul.
“Bukan sekarang (baru) tapi sejak zaman dulu almarhum Profesor Engku Omar, Aminuddin Baki, Profesor Dr Ahmad Ibrahim, Dato’ Abdul Samad iaitu Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Pahang,
“dan banyak lagi nama-nama yang berada di belakang tabir pimpinan PAS. Jangan kita (ahli) merasa ‘lekeh’ parti kita ini,” ujarnya.
[Gambar atas; Seminar Manifesto pada 9 Februari lalu, gambar bawah; Dr.Khazani sedang membentangkan ulasan dalam seminar tersebut]
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Seminar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PAS negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, pada Sabtu Marang, 9 Februari lalu.
Hadir sama Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Anuar Tahir dan Dato’ Abu Bakar Chik serta hampir semua kepimpinan PAS negeri Terengganu.










