Tunisia Kembali Bergolak

801
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/tunisia.jpg

Selepas lebih daripada dua tahun selepas kebangkitan rakyat yang ‘menghumban’ bekas diktator Tunisia Ben Ali, ketegangan politik berterusan dan kini dengan pembunuhan ahli politik tersebut, menyaksikan penunjuk perasaan kembali banjir ke jalanraya.

Al-Jazeera melaporkan Belaid seorang peguam adalah pengkritik kuat pemerintahan Ben Ali dan merupakan sebahagian daripada pasukan pertahanan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Selepas revolusi Tunisia, beliau muncul sebagai ahli terkemuka Barisan Popular, sebuah organisasi payung 12 parti-parti pembangkang.

Beliau dikenali kerana pandangan sekular beliau yang lantang, dan merupakan seorang pengkritik vokal kerajaan konservatif tradisional.

Al-Jazeera memetik pandangan keluargannya melaporkan, pandangan sekular beliau menyenankan beliau banyak musuh, dan menghadapi beberapa ancaman bunuh.

Oleh itu, beberapa pihak telah mendakwa, pembunuhan Belaid dilakukan oleh kerajaan yang ditunjangi parti En-Nahda.

Ekoran ketegangan terbaru itu, Perdana Menteri Tunisia, Hamdi Jebali, semalam mengancam untuk meletak jawatan jika cadangan beliau untuk menubuhkan kerajaan teknokrat ditolak parti Ennahda atau parti lain.

Jebali berkata, beliau akan mengumumkan barisan Kabinet baru negara itu menjelang minggu depan jika penubuhan kerajaan sementara tersebut dipersetujui semua pihak.

“Saya yakin keputusan ini adalah jalan terbaik meredakan keadaan pada masa ini,” jelasnya.  

Rabu lalu, pemimpin itu memaklumkan bahawa beliau mahu membubarkan kerajaan campuran diterajui parti Ennahda selepas protes antikerajaan di ibu negara susulan daripada insiden pembunuhan pemimpin parti pembangkang, Shokri Belaid.

Bagaimanapun, Ennahda telah menolak cadangan Jebali tidak lama selepas beliau memberitahu akan memperoleh sokongan penuh dari parti tersebut pada Jumaat lalu.