Pengkalan Udara Taftanaz Jatuh Ke Tangan Mujahidin Syria

931
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/berjaya%20taftanaz.jpg

Video disiarkan dalam laman you-tube menunjukkan para mujahidin bersorak kerana berjaya mengawal landasan utama, setor peluru dan kereta-kereta kebal yang ditinggalkan oleh tentera pemerintah.

Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, penawanan ini adalah perkembangan terbaik ketika perbincangan antara wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pegawai Amerika Syarikat dan Rusia menemui jalan buntu.

“Pertempuran di lapangan terbang milik tentera Syria di Taftanaz berakhir pada jam 11 malam (waktu tempatan) dan pangkalan itu kini jatuh ke tangan pemberontak,” katanya.

Media tempatan melaporkan, Tentera Pembebasan Syra (FSA) juga berjaya merampas lima helikopter dari pangkalan itu termasuk alat persenjataan.

Komander kumpulan Suqur Al-Sham, Abu Hajar berkata, 28 tentera kerajaan ditawan bersama stok simpanan senjata dan peluru.

Tetera Bashar al-Assad sebelum ini menggunakan lapangan Taftanaz untuk melancarkan banyak pengeboman udara di barat laut Syria selama lebih daripada setahun.

Pertempuran di Syria telah berterusan sejak Mac 2011 dan PBB menganggarkan bahawa lebih daripada 60,000 orang telah meninggal dunia dalam pertempuran yang tidak menunjukkan tanda-tanda surut.