Terengganu, Malaysia

Warga Alur Limbat Dimita Tingkatkan Tahap Waspada, Siapsiaga

Warga Alur Limbat Dimita Tingkatkan Tahap Waspada, Siapsiaga

MARANG – Penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diminta meningkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan susulan hujan berterusan sejak semalam yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras air sungai.

Timbalan Yang Dipetua PAS Marang, Dato’ Ariffin Deraman berkata, beliau turun padang pagi bagi meninjau sendiri keadaan paras air sungai serta memantau perkembangan semasa di kawasan berkenaan.

“Antara lokasi yang dikunjungi ialah sungai berhampiran Jambatan Binjai Berambu di Belukar Sukai serta Sungai Belukar Sukai berhampiran Jambatan Tok Hakim.” jelasnya.

Warga Alur Limbat Dimita Tingkatkan Tahap Waspada, Siapsiaga

Menurut beliau, tinjauan tersebut bertujuan mengenal pasti sebarang risiko kenaikan paras air selain memastikan keadaan di kawasan berisiko sentiasa diberikan perhatian, khususnya ketika negeri ini berdepan musim tengkujuh.

“Perlu sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan keadaan persekitaran serta mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku peningkatan paras air secara mendadak.

“Jangan mengambil mudah soal keselamatan. Elakkan bermain atau menghampiri kawasan sungai yang berarus deras dan patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku keadaan yang tidak selamat,” katanya ketika dihubungi

Justeru itu, beliau yang juga ADUN kawasan tersebut, turut mengajak orang ramai berdoa agar seluruh penduduk dilindungi Allah SWT serta dijauhkan daripada sebarang kejadian tidak diingini sepanjang musim tengkujuh ini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan