Terengganu, Malaysia

TMT 2.0 Medan Perkukuh Gerak Kerja, Dekati Wanita Muda

Sokong Penuh Belanjawan 2026, Utamakan Wanita, Keluarga Dan Anak Muda

KUALA TERENGGANU – Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2.0 menjadi medan Ameerah Terengganu memperkukuh kesatuan jentera selain menyusun pendekatan lebih segar dan kreatif bagi mendekati golongan wanita muda menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.

Pengarah Ameerah Terengganu, Ustazah Sumaiyah Zakaria berkata, pengalaman dan pengajaran daripada tiga siri Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menjadi suntikan semangat untuk pihaknya memperkemas gerak kerja dan meningkatkan kesiapsiagaan organisasi di semua peringkat.

“Selepas Kemaman, kini tiba giliran Dungun pula menjadi medan kebersamaan dan penyatuan tekad.

“Kita mahu Ameerah hadir bukan sekadar sebagai peserta himpunan, tetapi sebagai barisan yang turut menyumbang tenaga, idea dan semangat dalam menjayakan TMT 2.0,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, perubahan cabaran semasa turut menuntut Ameerah menggunakan pendekatan yang lebih bersesuaian dengan perkembangan semasa untuk mendekati wanita muda.

“Mendepani cabaran semasa dan persiapan menghadapi PRU-16, Ameerah Terengganu menyedari keperluan untuk mendekati golongan wanita muda melalui pendekatan yang lebih segar, kreatif dan bersesuaian dengan perkembangan semasa.

“Berbekalkan pengalaman dan pengajaran daripada PRN yang lalu, kita yakin bahawa usaha ini mampu digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan,” ujarnya.

Sumaiyah menambah, Ameerah Terengganu kini berada dalam keadaan siap siaga dengan organisasi terus diperkukuh, manakala mobilisasi ahli dan jentera dari seluruh kawasan telah digerakkan bagi memastikan penyertaan maksimum dalam TMT 2.0.

Dalam masa sama, Ameerah turut diberi amanah mengendalikan beberapa aktiviti sepanjang himpunan termasuk Pertandingan Mewarna, Bayi Sihat Ceria, Gubahan Bunga Dawai Bulu serta aktiviti Main dan Menang.

“Pelbagai pengisian ini diharapkan dapat menarik penyertaan masyarakat, khususnya wanita muda dan keluarga, sekali gus menjadikan TMT 2.0 lebih meriah dan dekat dengan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, TMT 2.0 juga menjadi ruang untuk anggota Ameerah mendengar amanat dan taujihat pimpinan, selain menyatukan tekad serta memperkukuh semangat perjuangan dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Ameerah merupakan sebahagian daripada pengundi muda dan penggerak masa depan politik Terengganu. Justeru, kita mahu penyertaan dalam TMT 2.0 diterjemahkan melalui sumbangan tenaga, idea dan gerak kerja yang berterusan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli Ameerah, petugas serta masyarakat setempat hadir memeriahkan TMT 2.0 di Arena Square, Dungun.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan