TERENGGANU – Gema Pilihan Raya Umum ke 16(PRU 16) semakin hampir, kini tiba masanya gelombang hijau mewarnai Terengganu dengan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT), ayuh semua hadir ke Arena Square, Dungun
Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Zarani Othman menyeru seluruh muslimat dan penyokong- penyokong PAS di semua peringkat; negeri, kawasan, DUN dan cawangan untuk hadir bersama keluarga bagi menjayakan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu 2026 (TMT 2026)
“Mari kita pakat hadir beramai-ramai dalam Himpunan TMT 2026. Insya-Allah, kita bertemu di Arena Square, Dungun pada 19 – 21 November 2026,” ujarnya.
To’ Puan Zarani berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini di sini
Menurutnya, antara acara yang penting dan menarik untuk semua Muslimat Terengganu ialah Himpunan Muslimat Terengganu (HIMAT 2026) yang akan diadakan pada hari Jumaat, 20 November 2026.
“Pengisian HIMAT bermula pada jam 9.00 pagi dengan acara untuk keluarga dan kanak-kanak, pertandingan memasak hidangan berasaskan labu peringgi turut diadakan.
“HIMAT 2026 pada sebelah petang akan dirasmikan oleh YABhg. To’ Puan Seri Tuan Faizah binti Tuan Ab. Rahman, isteri kepada YAB Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Menteri Besar Terengganu,
“Turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah Ahli Parlimen Temerloh Salamiah binti Mohd Nor yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat,” jelasnya.









