Terengganu, Malaysia

Anak Jati Marang Rangkul Juara Dunia Memanah

Anak Jati Marang Rangkul Juara   Dunia Memanah

Oleh: Fatimah Din

MARANG – Anak jati Kampung Temala, Pengkalan Berangan merangkul kejuaraan dunia dalam sukan memanah apabila muncul juara acara Puta 70 Meter pada Kejohanan 2026 Korea Ulsan World Traditional Archery Championship di Korea Selatan.

Ahmad Harun, 56, yang lebih dikenali sebagai Haji Ahmad De La Temala berkata perjalanan menuju ke pentas dunia bukan mudah apabila kemudahan latihan di Rusila hanya menyediakan jarak 30 dan 70 meter.

“Jadi saya terpaksa mencari lokasi lain termasuk Padang Bola Lagoon, Kuala Ibai serta beberapa kali ke Cyberjaya bagi menjalani latihan pada jarak 90 dan 145 meter.

” Kejayaan itu memberikan kelegaan kerana berjaya memenuhi harapan orang ramai, pasukan serta rakyat Malaysia, selain menewaskan pencabar dari Mongolia, Ganzorig Bat-Erdone,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada 5 November mengulas kejayaan manis diperolehinya.

Anak Jati Marang Rangkul Juara   Dunia Memanah

Menceritakan di sebalik kejayaan, persaingan sengit dengan pemanah tradisional bertaraf dunia dari negara hebat seperti Mongolia, China, Kazakhstan dan Turkiye yang turut menjadi antara kuasa besar sukan berkenaan.

“Persediaan turut menuntut pengorbanan kewangan terutama untuk mendapatkan busur dan anak panah yang bersesuaian, apatah lagi anak panah kayu berkualiti boleh mencecah RM400 bagi setiap sedozen,” jelasnya..

“Tiada jalan pintas dalam sukan memanah selain istiqamah berlatih, sambil menjadikan kegagalan dalam kejohanan terdahulu sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki kemampuan sehingga berjaya meraih gelaran juara dunia.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan memanah tradisional sebagai sukan yang mampu diceburi masyarakat kerana kosnya lebih berpatutan berbanding memanah moden, selain kemudahan mendapatkan busur dan anak panah buatan pembuat tempatan, khususnya produk anak negeri Terengganu yang wajar diberi sokongan.

“Carilah minat dalam sukan memanah dengan memerhati teknik pemanah berpengalaman dan berani mencuba kerana memanah merupakan sukan yang dianjurkan Rasulullah SAW, malah setiap usaha yang dilakukan turut mempunyai nilai pahala, ulasnya lagi.

“Jangan mudah berputus asa, tidak mengena sasaran bukan bermakna gagal kerana pahala tetap ada, setiap orang mempunyai teknik berbeza dan perlu mencari kaedah paling sesuai untuk menghasilkan panahan tepat,” jelasnya.

Anak Jati Marang Rangkul Juara   Dunia Memanah

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan