Terengganu, Malaysia

PRN Melaka: Perpaduan Umno-PAS Diterjemah Melalui Penyelesaian Isu Rakyat – Ridzuan

PRN Melaka: Perpaduan Umno-PAS Diterjemah Melalui Penyelesaian Isu Rakyat – Ridzuan

MELAKA – Usaha memperkukuh perpaduan ummah menerusi kerjasama Umno dan PAS perlu melangkaui kepentingan politik dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu rakyat, tadbir urus bersih serta pengukuhan ekonomi masyarakat.

Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif berkata, kerjasama dua parti utama umat Islam itu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya dari sudut politik, malah berlandaskan tuntutan syarak dan kemaslahatan masyarakat.

Menurutnya, usaha penyatuan dan perdamaian sesama umat Islam merupakan tuntutan agama yang wajar disokong bagi mengurangkan permusuhan serta mengukuhkan ukhuwah Islam.

“Secara prinsipnya, usul penyatuan dan perdamaian sesama Muslim adalah satu perintah agama.

“Usaha mendekatkan dua entiti utama umat Islam dalam negara untuk mengurangkan permusuhan dan mengukuhkan ukhuwah sentiasa wajar disokong dari sudut dakwah dan persaudaraan Islam,” jelasnya ketika dihubungi pemberita hari ini

Bagaimanapun, beliau menegaskan, muafakat yang dibina perlu diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dan bukannya sekadar retorik politik.

“Muafakat yang dibina perlu diterjemahkan kepada penyelesaian isu sebenar rakyat seperti memperkasakan ekonomi, tadbir urus yang bersih, intergriti, serta memperteguhkan nilai integriti moral dan institusi Islam bukan sekadar retorik politik di atas pentas,” ujarnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan