Terengganu, Malaysia

PRN Melaka: Suara, Kebajikan Peniaga Kecil Diberi Keutamaan

PRN Melaka: Suara, Kebajikan Peniaga Kecil Diberi Keutamaan

MELAKA – Suara dan kebajikan peniaga kecil menjadi antara keutamaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dalam usaha memahami keperluan ekonomi masyarakat setempat.

Beliau berkata, peluang menyantuni peniaga dan masyarakat Cina ketika mengadakan kunjungan mesra di Pasar Pagi Sin Hoe pagi ini dimanfaatkan untuk mendengar sendiri pandangan, masalah serta cadangan mereka.

Menurutnya, maklum balas daripada komuniti setempat penting bagi memastikan keperluan golongan peniaga kecil mendapat perhatian, selain membantu merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.

PRN Melaka: Suara, Kebajikan Peniaga Kecil Diberi Keutamaan

“Berjalan di celah-celah gerai dan mendengar sendiri suara hati serta cadangan mereka menjadi keutamaan saya untuk memastikan ekonomi peniaga kecil kita terus rancak dan terbela,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Ridzuan turut terserempak dengan calon Parti BERSAMA bagi DUN Bukit Katil, Dr Aliza Che Amran ketika melakukan tinjauan di pasar berkenaan.

Kedua-duanya sempat bertegur sapa dalam suasana mesra meskipun masing-masing mewakili parti berbeza, sekali gus memperlihatkan interaksi antara calon dalam suasana kempen pilihan raya.

Ridzuan turut merakamkan penghargaan kepada peniaga dan pengunjung Pasar Pagi Sin Hoe atas sambutan serta layanan mesra yang diberikan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan