Empat NGO Akan Bergabung Salur Khidmat Bantuan Dan Kebajikan Kepada Warga Palestin

1318
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Dr%20Awisul%20Islah%20Ghazalia.jpg

Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail berkata badan tersebut terdiri daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Muslim Care, Cakna Palestin dan Yayasan Amal sendiri.

“saya menerima banyak cadangan, saya harap sekurang-kurangnya empat NGO perlu digabungkan segera bagi tujuan memudahkan (menangani) isu-isu yang sangat kritikal (di Palestin) selain Yayasan Amal, Muslim Care, PAPISMA (dan) Cakna Palestin,

“kalau empat (NGO) ini boleh duduk bersama, ia akan menjadi kerja-kerja (bantuan dan kebajikan kepada warga Palestin) lebih efektif untuk masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Dana kepada Misi Rehabilitasi dan Perubatan Yayasan Amal, yang akan berangkat ke Palestin pada 15 Disember ini. [Lihat Video]

Menurutnya, objektif utama yang diamanahkan kepada Yayasan Amal pada misi kali ini adalah merealisasikan pembinaan sebuah bengkel pembuatan dan pengeluaran ‘anggota palsu’ untuk umat Islam Palestin.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Dr%20Azri%20Abdul%20Wahaba.jpgBeliau berkata, rombongan Misi 11 orang sukarelawan Yayasan Amal yang diketuai oleh Dr. Suhazeli Abdullah akan meninjau kawasan yang sesuai di Semenanjung Gaza bagi pembinaan bengkel tersebut.

“Dr. Suhazeli dengan pasukan 11 orang kemungkinan perlaksanaan bagi program samada boleh dibuat secara industri desa (cottage industry) atau secara lebih produktif,”jelasnya.

Selain itu, katanya, satu tinjauan untuk menjalankan usaha penternakan ikan air tawar akan dibuat bagi membolehkan bekalan makanan berprotein kepada peenduduk Gaza di tingkatkan.

Beliau berkata, ia adalah disebabkan oleh tekanan regim Israel yang tidak membenarkan para nelayan semenanjung Gaza menangkap ikan di laut tidak melebihi jarak 500 meter dari pantai.

Dalam majlis tersebut telah diadakan di sini pada Sabtu 8 Disember, sumbangan sebanyak RM25,000.00 dari PAPISMA telah disampaikan kepada Yayasan Amal Malaysia oleh Presidennnya, Dr. Awisul Islah Ghazali.

Manakala sumbangan sebanyak RM1,500.00 dari Alumni ‘Islam Penyelamat Ummah’ KL disampaikan oleh wakilnya, Dr Azri Abdul Wahab.