BESUT – Umno dinasihatkan agar tidak bersifat sombong sebaliknya perlu berpijak pada realiti dan menerima5 hakikat bahawa mereka kini tidak lagi memiliki kekuatan seperti dahulu dan telah kehilangan banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menyifatkan UMNO sombong kerana dalam hendak menyekat kemaraaan PH-BN meminta agar PAS Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai membuktikan keikhlasan.
Ujarnya, UMNO perlu turunkan ego mereka kerana PAS telah menunjukkan sikap dan terbuka sebagai bukti keikhalan untuk PRN Johor, Negeri Sembilan serta di Melaka nanti.
“Kenapa Terengganu? Negeri5 yang telah menang 40-0, menjadi ‘Malay Belt’ dan kubu kuat PAS ini hendak dibubar.
“Sedangkan masih adat tempoh dua tahun lagi untuk memerintah, dan kita pun tunjuk kompetensi, kemampuan mentadbir melalui Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Walaupun berhadapan kekangan dari sudut kewangan akibat sikap Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media selepas mengadakan Program Bedah Buku bersama Pemuda PAS DUN Jerteh, semalam.
Tegas beliau, UMNO perlu menurunkan ego dalam menjalinkan kerjasama ke arah memastikan Melayu Islam dapat berkuasa dalam negara sekali gus mewujudkan kesepakatan yang jitu.
“Kalau UMNO hendak kekalkan ‘status quo’ di negeri yang diperintah oleh mereka kita setuju, tetapi Terengganu dan Kelantan perlu juga dikekalkan dengan cara yang sama.
“Jangan ‘hok orang awak nak, tetapi hok awok klorek dan kedekut, dalam membentuk kesepakatan perlu ada kejujuran.
“Jangan dianggap diri seperti 40 tahun yang lalu kerana mereka kini serpihan kecil sahaja dengan 26 kerusi di parlimen berbanding PAS memiliki 43 kerusi.
“Jadi kita harap UMNO berpijak dengan realiti jangan terlalu ‘arrogant’,” ujarnya





























