PAS Terengganu Memperkasa Identiti Digital Menerusi Portal Baharu

4

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) terus mengorak langkah ke hadapan dalam mendepani era digital dengan pengoperasian penuh Portal Utama PAS Terengganu.

Kehadiran portal ini memperkukuh lagi rangkaian media parti selepas kejayaan fasa awal penyebaran maklumat digital melalui akhbar parti digital mereka, Buletin Online, yang telah menjadi wadah berita rasmi sejak sekian lama.

Peluncuran wajah baharu bagi domain pasterengganu.com ini bertindak sebagai pusat rujukan sehenti (one-stop centre) untuk membekalkan maklumat yang sahih, pantas, dan telus kepada rakyat negeri Terengganu serta seluruh rakyat Malaysia secara amnya

Portal ini dibina khusus untuk mengintegrasikan kenyataan media rasmi, laporan aktiviti kebajikan masyarakat, serta arkib perjuangan parti di Terengganu bermula dari sejarah awal penubuhannya di Dungun pada tahun 1956.

Melalui landasan digital yang serba moden ini, PAS Terengganu komited untuk merapatkan jurang komunikasi antara kepimpinan kerajaan negeri, jentera parti, dan masyarakat awam

Secara keseluruhannya, laman web rasmi PAS Terengganu ini mempamerkan satu evolusi media politik yang matang dilihat secara analisisnya adalah baik mengenai prestasi portal tersebut.

Reka bentuk ringkas dan keman Laman web ini menampilkan susun atur (layout) yang minimalis dengan kombinasi warna tema parti yang tidak memeningkan mata. Pembaca boleh mencari maklumat penting dengan mudah tanpa gangguan visual yang sarat.

Kepantasan berita yang responsif dapat di akses dengan autan ke segmen Berita PAS Terengganu dikemas kini dengan kenyataan-kenyataan semasa, menjadikannya rujukan terbaik buat pengamal media yang memerlukan kenyataan sahih tanpa pengubahsuaian.

Mesra Pengguna Mobiliti menjadikan Portal ini sangat lancar apabila diakses melalui telefon pintar dengan kemudahan menu navigasinya mudah difahami, membolehkan anak muda dan warga emas menyemak kalendar Program PAS Terengganu tanpa sebarang kekangan teknikal.