Terengganu, Malaysia

2027 Tahun Usahawan Digital

2027 Tahun Usahawan Digital

KUALA TERENGGANU, – Kerajaan PAS menetapkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu (T-DiT) bagi mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan, termasuk memperluas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi perniagaan.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja, Modal Insan,
Konsumer, Kepenggunaan & Pembangunan
Usahawan, Dato’ Haji Ariffin Deraman berkata, inisiatif itu merupakan langkah strategik untuk memastikan usahawan Terengganu mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas.

Menurutnya, pelaksanaan T-DiT akan memberi penekanan kepada peningkatan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran digital bagi membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi, memperluas capaian pasaran serta meneroka peluang perniagaan baharu.

“Pendekatan program itu bukan sekadar tertumpu kepada latihan teori, sebaliknya menggunakan konsep ‘Learn – Implement – Sell – Scale’ bagi membimbing peserta mengaplikasikan pendigitalan secara langsung dalam perniagaan masing-masing.

“Antara program utama yang akan dilaksanakan ialah Jelajah Usahawan Go Digital Terengganu di setiap daerah bermula tahun 2027,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata demikian menjawab soalan lisan ADUN Bandar, Haji Ahmad Shah Muhamed pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet), hari ini.

Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) turut menyediakan kemudahan TikTok Studio kekal di bangunannya hasil kerjasama dengan platform berkenaan bagi membantu usahawan mempromosi dan menjual produk secara dalam talian.

Selain itu, Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) yang dianggotai 40 agensi keusahawanan persekutuan dan negeri akan menjadi antara kekuatan utama dalam menyelaras pelaksanaan program serta aktiviti pembangunan usahawan digital.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan