Beluru Berpandu Dilancarkan IRGC Kena Kapal Pengangkut AS

3
190130-N-PW716-1312 ATLANTIC OCEAN (Jan. 30, 2019) The Nimitz-class aircraft carrier USS Abraham Lincoln (CVN 72) transits the Atlantic Ocean during a strait transit exercise. Abraham Lincoln is underway conducting a composite training unit exercise with Carrier Strike Group (CSG) 12. (U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 3rd Class Clint Davis/Released)

Korps Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan bedilan peluru berpandu balistik ke arah kapal pengangkut pesawat dan kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk menurut laporan agensi berita Anadolu Agency.

Walau bagaimanapun, memetik laporan media antarabangsa lain, pihak tentera AS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menegaskan tiada sebarang kerosakan fizikal mahupun kemalangan jiwa berlaku membabitkan aset serta anggotanya.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh IRGC melalui agensi berita negara itu, IRNA, Tehran mendakwa serangan tersebut disasarkan terus ke atas kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln dan sebuah kapal pemusnah peluru berpandu berpandu yang sedang beroperasi di kawasan strategik berkenaan.

“Pasukan aeroangkasa dan maritim kami telah berjaya menyerang sasaran musuh dengan peluru berpandu balistik, menyebabkan aset-aset ketenteraan asing tersebut mengalami kerosakan besar dan terpaksa berundur dari zon maritim kami,” dakwa IRGC dalam kenyataan tersebut.

Pihak Iran turut menuduh armada laut AS bertindak melakukan sekatan maritim yang tidak sah serta mengganggu pelayaran kapal-kapal dagang milik negara berkenaan.

Sementara itu, Pusat Pemerintahan Tentera AS (CENTCOM) menyangkal dakwaan kejayaan operasi Iran itu dan menegaskan bahawa sistem pertahanan kapal perang mereka berfungsi dengan baik bagi mematahkan serangan.

“Tentera laut kami berjaya mengesan dan mengelak sepenuhnya rangkaian peluru berpandu dan dron tidak beralasan yang dilancarkan oleh Iran. Tiada sebarang kerosakan dikesan pada kapal perang kami, dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan kru,” tegas jurucakap CENTCOM dalam satu kenyataan balas.

Sebagai tindakan balas semerta, CENTCOM mengesahkan telah mengerahkan dron tempur miliknya untuk menyerang kapal-kapal komersial milik Iran di Teluk Oman, yang didakwa sebagai sebahagian daripada ‘rangkaian gelap’ pembiayaan ketenteraan IRGC.

Serangan itu dilaporkan telah melumpuhkan dua kapal tangki (M/T Downy dan M/T Stark 1) serta memusnahkan sepenuhnya kapal tangki M/T Kylo CENTCOM.

Komander CENTCOM, Laksamana Brad Cooper, menghantar amaran keras berhubung tindakan agresif tersebut CENTCOM.”Mesej kepada IRGC amat jelas—jika anda menembak dua kapal kami, kami akan mengenakan kos ekonomi yang lebih tinggi dengan memusnahkan tiga kapal anda,” kata Cooper

Insiden maritim terbaharu di laluan perkapalan utama dunia ini dilaporkan telah mula mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penganalisis pasaran tenaga, berikutan potensi lonjakan mendadak harga minyak mentah global jika konflik terus meruncing..