Tidak Disangka Sambutan Besar-besaran Ijtimak, adalah hari Dugaan Kepada Samsudin

1014

Rumahnya yang terletak di Kampung Seberang Baruh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam, tidak disangka-sangka terbakar sekitar pada jam 9.30 pagi hari tersebut.

Saudara Samsudin Mamat, 29, merupakan Ketua Penerangan Dun Wakaf Mempelam serta Timbalan Ketua Cawangan PAS Seberang Baruh yang sangat aktif dengan aktiviti parti.

Ketika ditemui oleh Buletinonline, beliau berkata, api membakar dan merebak terlalu cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dan harta benda, termasuk beberapa dokumen penting.

Menurutnya, antara yang hangus terbakar adalah sebuah motosikal, peralatan elektrik, pakaian, buku-buku sekolah dan sebagainya yang dianggarkan kerugian RM100 ribu

“Sebenarnya, kami baru baiki rumah ini sebelum hari raya eidulfitri lalu dan saya rasa, kebakaran berpunca dari litar pintas kerana pada malam sebelum berlaku kebakaran tersebut, ada percikan api pada meter suiz utama.

“Saya telah cuba beberapa kali ’kontek’ pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengadu kerosakkan tetapi talian sentiasa sibuk,” ujarnya hari kejadian, 17 Oktober lalu.

Beliau yang tinggal bersama ibu serta enam orang adik-beradik gagal menyelamatkan harta benda tersebut kerana kebakaran berlaku sangat cepat.

Namun begitu, katanya meski pun segala harta benda musnah tetapi tidak berlaku kemalangan jiwa yang boleh menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, Setiausaha Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, Zakaria Dagang telah membuat pengumuman dan melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu mengurangkan beban Samsudin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut telah bersegera melawat keluarga Samsudin sebaik sahaja mendapat berita ’tragedi’ itu.

Beliau melahirkan rasa sedih dan simpati serta menasihatkan Samsudin dan sieisi keluarganya supaya bersabar dengan ujian dari Allah itu.

“Hasilnya, kita (PAS) lancar derma kilat pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu di Kubang Lembek (Markaz Tarbiyah) untuk bantu saudara Samsudin.

“Ini, saya serahkan hasil sumbangan orang ramai yang buat derma kilat khas untuk mangsa kebakaran sebanyak RM10,000 kepada keluarga Samsudin,” jelasnya.

Menurutnya, sumbangan dan bantuan tersebut tidak besar tetapi mampu meringankan sedikit beban kepada mangsa kebakaran rumah.

Hadir sama menziarahi mangsa kebakaran rumah tersebut Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Mohd Kamal Ali dan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Nasir Razak.