PAS Bawa Agenda Islam, Keadian Dan Kebajikan Kepada Rakyat Johor

32

KUALA TERENGGANU – Kehadiran penyokong PAS dan Perikatan Nasional (PN) membanjiri perarakan ke pusat penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani mencerminkan semangat perjuangan serta iltizam terus membawa agenda Islam, keadilan dan kebajikan kepada rakyat Johor.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru orang ramai agar memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan calon PAS termasuk di DUN Maharani yang calonnya adalah Mohamad Anuar Hayan agar diberikan kekuatan untuk memikul amanah.

“Sebagai wakil rakyat yang berintegriti, berkhidmat kepada masyarakat serta memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Undilah PAS dan Perikatan Nasional di DUN N. 15 Mahari demi sebuag kepimpinan yang beramanah, adil dan berkebajikan,” ujarnya melalui satu kenyataan selepas mengiringi calon PAS pada hari penamaan calon semalam.

Turut bersama perhimpnan mengiringi calon di Pejabat Daerah Muar itu ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Selain itu turut hadir ialah Presiden Berjasa, Ustaz Zamani Ibrahim, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, YB Dr. Ustaz Muhammar Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Dato’ Ariffin Deraman.

Sehubungan itu, Dato’ Ariffin Deraman mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya melalui proses penamaan calon serta merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan semua agensi yang bertugas dalam memastikan kelancaran urusan pada hari ini.

“Kini, medan perjuangan beralih kepada tempoh berkempen. Saya menyeru seluruh jentera dan penyokong agar berkempen secara berhemah, mematuhi undang-undang, mengutamakan perpaduan serta menyampaikan mesej kepada rakyat dengan penuh hikmah dan berintegriti.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar proses demokrasi ini terus berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni, serta semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan kepada perjuangan yang berpaksikan kepentingan rakyat, agama dan negeri.” tegas beliau