Jelaskan Status Siasatan Afidavit P. Balasubramaniam

896
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/P%20Bala.gif

Sehingga sekarang sudah 2 tahun 3 bulan , bukan sahaja P.  Balasubramaniam tetapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti reaksi dan tindakan pihak SPRM terhadap siasatan yang telah dibuat .  Tetapi malangnya sehingga sekarang SPRM terus diam membisu . Penyiasat Persendirian P. Balasubramaniam telah memberikan kerjasama dan sanggup untuk tampil ke mahkamah tetapi pihak SPRM bagaikan cuba menutup kes tersebut kerana sehingga sekarang SPRM masih gagal menjelaskan sebarang reaksi dan tindakan.

Dakwaan P.  Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan yang juga merupakan rakan Datin Seri Rosmah Mansur dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai isu hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak , turut memakan masa sudah hampir 3 tahun . Tiada sebarang reaksi oleh SPRM , adakah sebarang dakwaan kepada sesiapa melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur akan di’sembunyi’kan dan tiada sebarang tindakan?

Sikap dwi-standard SPRM membuktikan SPRM bagaikan tidak mempunyai integriti dan kredibiliti menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh telus , profesional dan berani. Seolah – olah satu badan yang dikawal , dimonitor dan menerima arahan dari pihak tertentu .

Amaran P. Balasubramaniam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu kepada wartawan asing adalah merupakan satu tindakan yang terpaksa dilakukan oleh beliau kerana SPRM terus diam membisu.

SPRM seharusnya menjadi satu badan yang diyakini serta tidak dilihat dikuasai oleh ‘tangan-tangan ghaib’ yang menjadikan SPRM gagal berfungsi dalam mencapai objektif dan sasaran mencegah dan membenteras amalan rasuah yang semakin bermaharajalela membarah dalam negara tercinta ini.