KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengambil maklum dan akur terhadap keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat berhubung hala tuju semasa parti.
Setiausaha PAS Terengganu, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut dan akan melaksanakan sebarang ketetapan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
“Insya-Allah, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan tindakan selanjutnya di peringkat negeri,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Keputusan PAS untuk menamatkan hubungan kerjasama politik dengan BERSATU turut mencetuskan perhatian terhadap kedudukan wakil parti itu dalam pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu.
Perkembangan itu turut mencetuskan perhatian terhadap kedudukan wakil BERSATU dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris.
Selain itu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BERSATU, DUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, DUN Permaisuri, Mohd Yusop Majid, DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat (Seberang Takir) dan DUN Telemung, Mohd Zawawi Ismail.






























