PAS Hentikan Kerjasama Dengan Bersatu

82

PAS telah mengumumkan penamatan kerjasama politiknya dengan Bersatu susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, presiden parti, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu menyokong keputusan yang dibuat oleh majlis syura pada 2 Jun mengenai dasar, pertimbangan agama dan aspek kepentingan awam dalam kerjasama politik Pas, berdasarkan prinsip perpaduan umat Islam.

Beliau berkata mesyuarat itu juga mengkaji semula kedudukan dan hala tuju semasa hubungan Pas-Bersatu melalui laporan, kajian dan penilaian landskap politik semasa.