KUALA TERENGGANU – Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu pada tahun ini menyasarkan jumlah melebihi 1600 orang untuk hadir bagi menerima tarbiah secara langsung.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya perlu menghantar 50 peserta.
Ujarnya, pada dasarnya HIMPIT merupakan program tahunan yang sentiasa dinanti oleh pemuda Islam di negeri ini yang menjadi himpunan mega yang telah menyatukan jiwan-jiwa anak muda di negeri ini.
“Kita buka penyertaan kepada senha akan muda Terengganu dijemput untuk hadir, cumanya pendaftaran melalui DUN dan Kawasan itu menjadi lebih mudah dan tersusun.
“Sasaran jumlah melebihi 1600 orang itu sebagai kelainan yang dibuat pada kali ini, kerana hendak tengok kekuatan dengan disediakan 32 khemah diakan di Pantai Air Tawar, Besut,” ujarnya.


Beliau berkata demikian melalui Podcast Terang Bulan, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkeyakinan program itu akan disertai seramai mungkin kerama anak muda di negeri ini memiliki sentimen serta jati diri Islam yang tinggi.
“Dari sudut aktiviti, tidak boleh lari dari Kuliah Haraki, ada perasmian pelancaran jentera Pemuda PAS oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimu pada petang Jumaat.
“Akan ada juga aktiviti tradisi konvoi kontinjen yang akan diteruskan walaupun pernah menjadi kontroversi pasa tahun 2023 ketika di Setiu.
“Kita akan membuka peluang untuk setiap kawasan buat perarakan kontinjen ini mengikut kreativiti bertemakan Teguh Memimpin,”, katanya.


Selain itu menurut beliau, program akan turut dimeriahkan dengan dengan pertandingan sukan seperti tarik tali.
“Paling menarik pada pengakhiran pada Sabtu kita akan bersama dengan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan bersama dalam program penutup dengan membawa Tafsir Al-Quran.
” Program ini kita namakan juga pra Ijtimak Tarbawai.
“Kalau sesiapa yang tidak hadir, dia tersangat rugi,” ujar beliau.




























