Perundingan Paling Bodoh, Gila Dan Zalim Wajin Ditolak

30

Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوۡلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمۡ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ ١٧٥ وَلَا يَحۡزُنكَ ٱلَّذِينَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡكُفۡرِۚ إِنَّهُمۡ لَن يَضُرُّواْ ٱللَّهَ شَيۡ‍ٔٗاۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ أَلَّا يَجۡعَلَ لَهُمۡ حَظّٗا فِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ ١٧٦

“Sesungguhnya, mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang Musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (175) Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (daripada pahala) kepada mereka pada Hari Akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. (176)” [Surah Ali ‘Imran: 175-176]

Syaitan yang paling besar ialah para pemimpin kaum Yahudi yang paling bermusuh terhadap Islam sejak zaman para anbiya’ sehingga zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka membentuk pakatan Ahzab (bala tentera bersekutu) dan mengumpulkan semua pengikutnya dalam kalangan Musyrikin dan munafiq yang berpura-pura beriman, bagi menakutkan orang-orang yang beriman supaya menyerah kalah atau diperangi, sehingga dihapuskan negaranya di Madinah dan semua penganutnya.

Allah mendedahkannya melalui wahyu yang disebut oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya supaya tidak merasa takut, kerana mereka tidak berkuasa melawan Allah Yang Maha Berkuasa. Mereka diberikan peluang untuk melayakkan diri menjadi ahli neraka pada Hari Akhirat kerana tidak beriman dan tidak mempunyai amal soleh yang dilakukan bagi mendapat keredaan Allah, sedangkan mereka mengetahui berita kelahiran Nabi akhir zaman yang telah disebutkan dalam kitab suci mereka dan diceritakan oleh para anbiya’ Bani Isra’il.

Al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman yang berkekalan pengajarannya. Kini, kita sedang menyaksikan bala tentera Ahzab (pasukan bersekutu) baharu yang terdiri dalam kalangan semua kumpulan musuh daripada pelbagai agama dan ideologi, yang bermusuh terhadap Islam dan penganutnya, bersama golongan munafiq yang berwajah Islam.

Mereka itulah kelompok yang bersifat paling dahsyat dari sudut kekufuran, kemunafiqan, kefasiqan, kegilaan, kebodohan dan kezaliman, kerana melakukan secara terbuka tindakan yang ditolak oleh semua manusia yang mempunyai sifat fitrah (naluri) kemanusiaan. Menakluk Palestin secara rompakan daripada penduduk asalnya yang beriman, serta melakukan kezaliman di luar batas kemanusiaan. Hal ini demikian kerana, mereka menganggap beriman dan menganut Islam merupakan suatu perkara yang salah. Firman Allah SWT:

وَمَا نَقَمُواْ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ٨

“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” [Surah al-Buruj: 8]

Selain itu, mereka turut meneruskan permusuhan yang berlaku sejak zaman para anbiya’ terdahulu, yang terdiri daripada manusia terbaik pilihan Allah bersama pengikutnya yang setia. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٢٢
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu ialah orang-orang yang lenyap (pahala) amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]

Kini, kumpulan barisan Ahzab baharu mengulangi sejarah Ahzab yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Semua kumpulan anti-Islam bergabung dalam satu kumpulan bernama Zionis, dikepalai oleh Amerika Syarikat (syaitan besar) yang dicucuk hidungnya oleh Israel, bagi mengganyang kumpulan Islam yang berjihad di Palestin dan negara yang bersamanya. Semua kumpulan Islam yang membantu Palestin disenaraikan sebagai pengganas yang wajib dihapuskan dengan segala bentuk keganasan dan senjata yang tidak berperikemanusiaan.

Mereka mendakwa bahawa apa yang dilakukan itu kononnya atas nama keamanan dan keselamatan negara Israel, walhal negara haram itulah yang menjadi pangkalan paling hadapan menentang Islam dan penganutnya dengan memutar belit jenama keganasan, keamanan dan keadilan dengan cara paling terbuka. Di samping itu, mereka turut bersifat dengan sifat bohong, menipu dan gila, sehingga memaksa seluruh manusia menjadi bodoh tanpa akal yang sihat.

Setelah operasinya gagal mengalahkan kumpulan Islam yang hendak dihapuskan di Palestin, sebaliknya mereka mula menerima tanda-tanda kekalahan. Akhirnya, dicadangkan rundingan perdamaian di luar daripada takrif ilmu dan kebijaksanaan makhluk manusia yang diberikan akal oleh Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Dibuang segala keistimewaan akal dan kebijaksanaan kurniaan Allah. Semuanya dibuang dan diletak ke tepi, digantikan dengan sifat gila, bodoh dan zalim. Dengan sifat-sifat yang buruk ini, mereka menamakan rundingan damai yang adil, tetapi ditakrifkan dengan menerima arahan secara paksa dan bersifat diktator bertopengkan demokrasi dan hak asasi manusia yang menjadi jenama kebanggaannya. Malah, mereka juga menolak segala perjanjian antarabangsa yang pernah dimeterai, dan mahkamah dunia yang melaksanakan undang-undang antarabangsa yang pernah dipersetujui bersama, dan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan selepas dua Perang Dunia yang memakan korban dan kemusnahan yang parah.

Kali ini mereka mencadangkan rundingan damai dengan arahan secara paksaan, supaya dilucutkan senjata semua kumpulan Islam seperti Hamas, Hizbullah dan lain-lain. Dalam pada itu, mereka turut mengarahkan negara Republik Islam Iran yang membantu Palestin dan kumpulannya, supaya membatalkan segala program berkaitan sains nuklear, termasuk yang bersifat keamanan dan bukan persenjataan, serta menghapuskan roket jarak jauh dan teknologi yang dimiliki oleh Republik Islam Iran.

Semua larangan itu hanya dibenarkan kepada Zionis dan sekutunya sahaja, termasuk pangkalannya di negara-negara jiran yang memberi kemudahan kepada Zionis dan sekutunya sekali gus membantu serangan ke atas Iran. Dengan hujah menjaga keselamatan dan keamanan hanya kepada Zionis dan sekutunya sahaja.

Rundingan ini ditakrifkan sebagai suatu yang berada di luar akal manusia yang waras dan kebijaksanaan ilmu yang sebenar, oleh kumpulan yang dianggap gila, bodoh dan paling zalim dalam sejarah manusia, bagi menyampaikan arahan oleh sebelah pihak Zionis sahaja. Adapun pihak yang lain sekadar mendengar dan wajib patuh.

Pihak media yang ditaja oleh Zionis memanggil segala ilmuwan dan para pemikir untuk berforum membahaskan cadangannya supaya diwartakan dengan jenama adil dan bijak. Kita berada pada zaman yang disifatkan oleh Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدۡ كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٖ وَعَادٞ وَثَمُودُ ٤٢ وَقَوۡمُ إِبۡرَٰهِيمَ وَقَوۡمُ لُوطٖ ٤٣ وَأَصۡحَٰبُ مَدۡيَنَۖ وَكُذِّبَ مُوسَىٰۖ فَأَمۡلَيۡتُ لِلۡكَٰفِرِينَ ثُمَّ أَخَذۡتُهُمۡۖ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ ٤٤ فَكَأَيِّن مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَا وَهِيَ ظَالِمَةٞ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَبِئۡرٖ مُّعَطَّلَةٖ وَقَصۡرٖ مَّشِيدٍ ٤٥ أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ ٤٦

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41) Dan jika mereka (orang-orang Musyrik) mendustakan kamu, maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Ad dan Thamud. (42) Dan kaum Ibrahim dan kaum Lut. (43) Dan penduduk Madyan, dan telah didustakan Musa, lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka, maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku (kepada mereka itu). (44) Berapa banyaknya kota yang Kami telah binasakan, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi. (45) Maka, apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang berada di dalam dada. (46)” [Surah al-Hajj: 40-46]

Allah memerintahkan supaya menolak mereka, bahkan pernah ditolak pada zaman nabi-nabi terdahulu kaum seperti ini. Mereka pernah dibinasakan oleh Allah akibat tidak bersyukur kepada kurniaan-Nya. Mereka mempunyai akal dan pancaindera yang istimewa, tetapi mereka derhaka terhadap Allah serta menolak para anbiya’ dan rasul yang dipilih oleh Allah, menjadi teladan dan membawa petunjuk daripada-Nya.

Mereka dibinasakan bersama kemajuan kebendaan yang bersifat bangunan dan kemudahan hidup bagi jasad dan nafsu kebinatangan, sehingga membatalkan sifat manusia yang mulia kurniaan Allah.

Inilah sifat-sifat yang dihayati oleh Zionis bersama kumpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّهۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيۡهَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَٰهَا تَدۡمِيرٗا ١٦

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka berhaklah berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” [Surah al-Isra’: 16]

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ ١٤

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (8) Dan kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri. (11) Lalu, mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12) Kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka paluan azab. (13) Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14)” [Surah al-Fajr: 6-12]

Hal ini menunjukkan bahawa sifat buruk yang keras dan zalim bukanlah satu kekuatan bagi kuasa besar yang memaksa dunia, tetapi menjadi sebab kemusnahan dan tamatnya riwayat kuasa besar yang telah didirikan.

Allah mewajibkan adanya kumpulan Islam yang menyelamatkan dunia. Firman Allah SWT:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali ‘Imran: 104]

Wajib kepada mereka yang beriman mengadakan kumpulan yang bersatu membawa Islam yang sempurna bagi menyelamatkan manusia, sehingga berkuasa memerintah dan menyuruh kepada yang baik dan berkuasa mencegah yang jahat dan zalim, serta dijanjikan kemenangan oleh Allah.

Allah menjanjikan rahmat-Nya kepada kumpulan ini:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَـٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٧١

“Dan orang-orang yang beriman; lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma‘ruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Tawbah: 71]

Mereka terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan yang beriman, dengan ikhlas beribadat kepada Allah dan melaksanakan kebajikan kepada sesama manusia (mendirikan solat dan menunaikan zakat). Inilah sifat-sifat mereka yang beriman dengan ikhlas dan tidak berpura-pura (munafiq), mereka mentaati Allah dan tidak bakhil sesama manusia. Begitulah ciri-ciri mereka yang layak mendapat rahmat Allah di alam dunia sehingga akhirat.

Dapat disaksikan betapa gerakan Ahzab yang baharu ini tidak mendapat sokongan seluruh dunia, khususnya negara Eropah, termasuk anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Apabila dilakukan keganasan terbuka di Gaza yang disertai Amerika Syarikat dan Israel, serta serangan terhadap Republik Islam Iran sebagai sebuah negara berdaulat yang diiktiraf dan menjadi salah satu anggota pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan lain-lain. Perbuatan tersebut jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Maka, umat Islam tidak perlu merasa takut dengan kejahatan dan kezaliman yang melampau, yang sebenarnya hanya menggali lubang kuburnya sendiri.

Lahirnya kumpulan Islam menentang Israel di Palestin dan negara jiran yang bergabung dalam satu jemaah (Muqawamah Islamiyyah), yang mendapat sokongan kumpulan Islam di seluruh dunia. Negara Arab dan Islam wajib bersama menentang kezaliman terbuka yang berlaku terhadap umat Islam di Palestin yang menjadi masalah agama, bukan lagi masalah mazhab.

Firman Allah SWT:

قَدۡ كَانَ لَكُمۡ ءَايَةٞ فِي فِئَتَيۡنِ ٱلۡتَقَتَاۖ فِئَةٞ تُقَٰتِلُ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَأُخۡرَىٰ كَافِرَةٞ يَرَوۡنَهُم مِّثۡلَيۡهِمۡ رَأۡيَ ٱلۡعَيۡنِۚ وَٱللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصۡرِهِۦ مَن يَشَآءُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةٗ لِّأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ ١٣

“Sesungguhnya, telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan (orang Islam) berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain daripada golongan kafir Musyrik. Mereka (yang kafir itu) dengan mata kepala melihat (seakan-akan) jumlah orang-orang Islam dua kali ganda berbanding jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” [Surah Ali ‘Imran: 13]

Perbandingan antara dua kumpulan, iaitu antara Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang membawa Islam daripada Allah yang wajib benar dan adil, menghadapi kumpulan kafir Abu Jahal dan kaum Musyrikin bersamanya yang ternyata sesat dan salah.

Ini merupakan satu perbandingan yang tetap berlaku sepanjang zaman. Kini, para pejuang Islam Palestin dan mereka yang bersamanya ialah pihak Islam yang mempertahankan bumi para anbiya’ dan Bait al-Maqdis, kiblat pertama umat Islam. Mereka berhadapan dengan musuh Islam yang nyata menceroboh secara zalim, iaitu kumpulan Zionis yang dilaknat dan dimurkai Allah, bersama Amerika Syarikat dan sekutunya yang nyata kafir, zalim dan melampaui batas agama serta kemanusiaan.

Lebih bertambah malang apabila ia menimpa negara Arab dan negara Islam, bahkan penganut Islam yang berkecuali dalam isu ini kerana perbezaan bangsa dan mazhab. Lebih celaka dan malang lagi apabila mereka bersama musuh yang nyata kezalimannya. Pihak yang menyerang dan menceroboh secara terbuka bermusuh kerana Islamnya, bukan kerana mazhab dan bangsanya.

Betapa zalimnya mereka sehingga terus menyerang tanpa mengenal perdamaian dan gencatan senjata, serta ditutup pintu rundingan dengan bertopengkan pengumuman gencatan senjata yang bohong, sedangkan hakikatnya mereka berterusan menceroboh dan menyerang. Kaum yang melanggar perjanjian Allah, maka perjanjian bersama manusia lebih rapuh.

Masalah Palestin dan Bait al-Maqdis, serta permusuhan Zionis terhadap umat Islam adalah perkara-perkara nas yang wajib diimani oleh semua umat Islam dan semua mazhab Ahli Kiblat dengan ijmak.

Firman Allah SWT:

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” [Surah Nisa’: 75-76]

Masalah kemanusiaan yang mengerikan tidak boleh ditipu dan ditutup dengan isu sekatan Selat Hormuz yang mengakibatkan kenaikan harga kos barangan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 16 Zulqa‘dah 1447 / 4 Mei 2026

[Bil: 30 / 2026]