Biar Pembangkang Lemah, Tapi Bila Jadi Kerajaan, Kuat- Ustaz Wan Hassan

244
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli

DUNGUN – Itulah repon Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli terhadap dakwaan, Khairy Jamaluddin, sebaik sahaja diterima semula menjadi ahli Umno baru-baru ini.

YB Ustaz Wan Hassan turut menempelak kerajaan yang ada hari ini yang ketika menjadi pembangkang kuat tetapi sebaliknya hari ini, gagal mengurus negara.

“Orang kata pembangkang lemah tak apa tetapi sewaktu dia jadi kerajaan kuat, polisinya baik daripada waktu jadi pembangkang molek, kuat , waktu jadi kerajaan teruk, mana nok? soalnya.

Ahli Parlimen Dungun berkata demikian ketika berucap di Ceramah Mega Isu Semasa yang diadakan di perkarangan Markaz PAS Che Lijah di sini pada 10 April.

Sebelum itu Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani yang turut menyampaikan ceramah mempertikaikan hasrat Umno untuk mengambil alih teraju pemerintahan Terengganu.

“Kita tanya UMNO kenapa hendak ambil alih Negeri Terengganu, adakah sebab hendak buka balik tempat -tempat maksiat perjudian, atau nak ambik balik tanah-tanah yang kami beri, atau nak buat pembaziran macam kamu perintah dulu atau nak zalim kepada rakyat Terengganu”, selerohnya.

Ustaz Azman turut mengingatkan bahawa PAS
menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerana isu peribad tetapi kerana kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya yang diamanahkan rakyat dan Allah untuk memerintah negara.

“Mudah-mudahan Pilihan Raya Umum(PRU) yang terdekat ini memberi tambah kekuatan (bertambah sokongan rakyat) kepada PAS Dungun dan juga Negeri Terengganu,” ujarnya.