Deklarasi Alam Melayu Islam Sebagai Dasar Penyatuan

142
Setiausaha Persidangan Meja Bulat Himpunan Slam Melayu, Dato' Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menbacakan ' Deklarasi Alam Melayu'

KUALA TERENGGANU – Deklarasi Alam Melayu, sebuah aku janji orang-orang Melayu terhadap penyatuan dan perjuangan yang tiada titik noktah atas panji Islam. Deklarasi ini telah difazkan di dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Terengganu minggu lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Hanif bin Jamaluddin berkata, salah satu daripada intipati deklarasi ini adalah papa perkara nombor satu dalam dokumen Deklarasi Alam Melayu

“Menyakini bahawa Islam adalah asas perpaduan ummah yang berpaksikan keadilan, kesederhanaan, dan kebenaran bagi menjamin kesejahteraan sejagat merentasi bangsa, budaya dan geografi.

“Mudah kata, penyatuan tidak boleh dibina atas sentimen kaum semata-mata. Ia mesti ditegakkan di atas dasar Islam. Dalam masa yang sama, pendekatan ini tidak menolak kebersamaan dengan masyarakat bukan Islam yang tidak ekstrem,

“bahkan mengajak mereka untuk bersama dalam kerangka keadilan yang dibawa oleh Islam. Namun, hakikatnya peranan bangsa tetap penting dalam pemerintahan negara selagi mana ia tunduk dan berpaksikan kepada prinsip Islam.” menurut beliau dalam satu kenyataan media.

Ustaz Muhammad Hanif bin Jamaluddin

Oleh itu, kata beliau, inilah prinsip yang telah sekian lama ditegaskan oleh Presiden PAS dalam ucapan-ucapan beliau mahupun penulisan Minda Presiden.

“Prinsip ini konsisten, tidak pernah berubah. Sesiapa yang menolak asas ini, hakikatnya akan terkeluar daripada landasan perjuangan — sama ada mereka meninggalkan PAS, atau PAS sendiri akan mengambil pendirian untuk berundur.

“Maka atas dasar itulah PAS tidak menerima “Rumah Bangsa” yang didirikan atas semangat kebangsaan semata-mata tanpa adanya roh Islam sebagai tunjangnya.” tambah beliau.

Justerunya tegasnya, sesungguhnya, penyatuan ummah tidak boleh dibina sekadar atas semangat kebangsaan semata-mata. Ia mestilah didirikan di atas asas Islam yang menjadi payung kepada semua.

“Bak kata Tuan Guru ; Sekiranya kita perjuangkan Melayu, belum tentu Islam akan selamat. Tetapi jika kita perjuangkan Islam, Melayu akan selamat, Cina akan selamat, India akan selamat. Semua rakyat akan selamat.” jelas beliau