PN Mahu Jadikan Malaysia Lebih Baik, Bukan Sekadar Cipta Gelombang

246

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional tekad mahu membawa perubahan nyata demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih baik, bukan sekadar mencipta gelombang politik semata-mata.

Pengerusi Perikatan Nasional, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, itu merupakan fokus utama kepada gabungan tersebut pada waktu ini.

“Pada saya ia bukan berkenaan dengan gelombang, apa yang kita nak bawa satu perubahan lebih baik ke dalam masyarakat.

“Ada pun nama-mana (istilah) semua itu diberikan oleh pihak di luar sama ada gelombang biru, hijau dan apa sahaja.

“Paling penting kita membawa mesej yang jelas iaitu ingin menjadikan Malaysia negara yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, semasa hadir Majlis Berbuka Puasa meraikan anak Terengganu yang berada di Lembah Kelang, semalam.

PMengulas lebih lanjut, Dr Ahmad Samsuri berkata langkah bagi memperkukuhkan organisasi Perikatan Nasional turut menjadi keutamaan.

“Terutama memperkukuhkan muafakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita (juga) bersedia untuk mrnghadapi Pilihan Raya itu yang menjadi keutamaan untuk waktu ini,” ujar beliau.