Imam, Bilal, Kakitangan Jabatan, Agensi Berperanan Membangunkan Masyarakat

373

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menghargai peranan Imam, Bilal dan kakitangan Jabatan serta Agensi dalam membangunkan masyarakat

Justeru, Majlis Berbuka Puasa menghimpunkan kira-kira 300 tetamu di Casa Dinda bukan sekadar acara tahunan, bahkan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara institusi agama, jabatan kerajaan dan warga pendidik di daerah Kemaman.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hanafiah Mat berkata, majlis berkenaan menghimpunkan imam dan bilal masjid sekitar daerah Kemaman, selain warga kerja Pejabat Agama Kemaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, guru-guru SMA Al-Falah dan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Cukai.

Menurut ADUN Chukai dan Exco Kerajaan Negeri itu, penganjuran majlis berkenaan bukan sekadar acara berbuka puasa, sebaliknya menjadi platform penting untuk mengukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara institusi agama, jabatan kerajaan serta warga pendidik di daerah itu.

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang meraikan seramai 300 orang dalam majlis berbuka puasa ini.

“Program ini merupakan acara tahunan sebagai tanda penghargaan kepada para imam dan bilal serta semua agensi yang banyak berperanan dalam pembangunan masyarakat,” katanya dalam lama sosialnya, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir dan berharap jalinan erat antara institusi agama dan agensi kerajaan terus diperkasa demi kebajikan rakyat serta keharmonian komuniti setempat.