KUALA TERENGGANU – Usahawan wanita muda, Siti Khadijah Mohd Zaki, yang kini berusia 20 tahun mula berniaga sejak beliau berumur 14 tahun.
Ketika Negara dilanda pandemic Coviid -19 dan zaman PKP, menambah lagi minatnya untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang perniagaan.
Ibu kepada seorang cahaya mata berasal dari Setiu memulakan secara secara kecil-kecilan melalui, jualan dalam talian dan di asrama persekolahan.
Mula berjual dengan jiran tetangga, perniagaan semakin berkembang sehingga menerima tempahan setempat Dan Luar negeri melalui pos.
“Selepas itu saya cuba berniaga dimsum, kerepek kuih tiram dan pelbagai produk lain dengan modal yang sangat terhad. Ada masa hanya guna lilin untuk seal plastik dan gantung jualan di tiang rumah.
“Pembeli pula kebanyakannya rakan-rakan ibu bapa yang datang ke rumah,” jelasnya.
Menurut beliau, faktor utama terjun ke dunia perniagaan adalah minat dan keinginan untuk bersedekah dan membantu orang lain yang memerlukan.
Hasil usaha tanpa rasa lelah kini, beliau mengusahakan perniagaan bersama suami dengan produk makanan ringan dan kuih seperti rempeyek, bahulu, peria crispy, papaya crispy, kek lapis ala Sarawak dan ‘pizza homemade’.
Operasi perniagaan dibantu oleh ahli keluarga iaitu ibu bapa mentua dan suami, dengan pembahagian tugas antara pengeluaran dan pengurusan.
“Cara saya atasi cabaran adalah dengan tidak berputus asa, susun semula strategi pemasaran, berdisiplin dalam kewangan, baiki kualiti produk dan layanan pelanggan dan cuba iklan di media sosial.
“Walaupun pelanggan belum konsisten, kini sudah ada pelanggan tetap yang berulang,” ujar beliau.


Antara pencapaian paling membanggakan ialah berjaya bertahan sehingga hari ini, memiliki kilang kecil bersijil MESTI, proses pensijilan halal yang sedang berjalan, dan pernah menerima Anugerah Kejora/Seroja di bawah Jabatan Pertanian yang disampaikan oleh Dato’ Dr Azman Ibrahim.
Beliau juga pernah menerima bantuan RM1,000 daripada Pejabat ADUN Langkap bagi kelengkapan peralatan dan menerima lawatan program ibu tunggal ke premis perniagaannya.
Siti Khadijah turut menekankan kelebihan wanita dalam perniagaan yang mampu membina hubungan mesra dengan pelanggan, kreatif dalam idea seperti pembungkusan, serta membantu menampung kos kehidupan keluarga.
Beliau kini berhasrat menambah rangkaian ejen dan dalam masa sama membantu wanita menjana pendapatan melalui keagenan produk.
“Ramai teruja dengan jualan tetapi terperangkap kerana tidak faham aliran tunai. Pastikan cashflow jelas dan perbelanjaan lebih rendah daripada pendapatan,” katanya yang menjadikan Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW sebagai idola.
Beliau turut berpesan, dunia perniagaan penuh ujian dan cabaran, namun segala usaha wajar dilakukan kerana Allah.
“Wanita adalah tulang belakang kekuatan suami dan madrasah pertama anak-anak.
“Jadilah wanita solehah yang bijaksana mengurus di sebalik tabir, ketika suami memimpin dengan amanah kerana Allah,” tambah beliau lagi.



























