Pemuda Gesa Segerakan Siasatan Terhadap Dakwaan Albert Tei

313

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Negeri Terengganu menggesa pihak berkuasa segerakan siasatan terhadap pendedahan ahli Perniagaan, Albert Tei mendakwa menyogok Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin sebanyak RM629, 000.

Ketuanya, Ustaz Muhammad Hamdi Harun berkata, video dan kenyataan terbuka Albert telah tersebar luas menjadi asas kukuh untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694.

“Jadi dakwaan tersebut adalah serius kerana ia melibatkan pemberian dan penerimaan wang oleh individu yang memegang jawatan penting dalam Pejabat Perdana Menteri

“Walaupun individu berkenaan telah pun meletakkan jawatan sebagai SU Politik, tindakan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup atau menghentikan siasatan terhadap semua pihak yang berkaitan dan rakyat berhak mengetahui kebenaran.

“Proses siasatan mestilah dijalankan sehingga ke peringkat tertinggi jika Terdapat penglibatan mana-mana pihak yang memberi arahan atau menerima manfaat tersebut,” tegasnya.

Beliau berkata demikian, selepas membuat laporan Di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Hamdi berkata isu rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa adalah isu besar yang mesti ditangani tanpa pilih kasih.

“Itu yang kita hendak tegas kan dan kami juga menyahut seruan untuk membersihkan negara dari budaya sakau dan korupsi serta menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan professional mengikut undang-undang tanpa ada campur tangan politik.

“Keadilan dan ketelusan mesti ditegakkan demi menjaga integriti pentadbiran negara kita,” tegas beliau