Hasan Harris, Anak Jati Sedia Berkhidmat Sepenuhnya Untuk Warga Merotai

322
Hasan Haris

TAWAU – Anak jati Merotai, Hasan Haris menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN tersebut akan memberi khidmat bakti sepenuhnya kepada masyarakat sekiranya dipilih, pada Pilihan Raya negeri Sabah 29 November nanti.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan akan berusaha mengubah taraf hidup rakyat di kawasan itu.

“Kalau rakyat bagi amanah, saya kerja betul-betul. Bukan janji kosong. Saya mau turun,

“dengar dan tolong apa yang boleh,” demikian tekad seorang anak jati Merotai Hasan Haris yang kini muncul sebagai calon pilihan masyarakat setempat.

Berusia 47 tahun, beliau bukan nama asing dalam komuniti Merotai, membesar dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Merotai Besar, perjalanan hidupnya diwarnai disiplin, kerja keras dan keinginan membantu orang lain.

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perbankan Di UiTM Sabah sebelum menjadi Certified Fnancial Planner (CP), suatu kelayakan yang membuktikan kepakaran Dan kemahiran mengurus kewangan yang sangat relevan menyusun ekonomi rakyat.

Pengalaman beliau selama dua dekad, 20 tahun dalam dunia perbankan dan kewangan, pernah berkhidmat di Bank Islam Malaysia Berhad dari tahun2000 hingga 2009, kemudian melanjutkan kerjaya di Haris Resources Group (2009–2011) serta di Bank Muamalat Malaysia Berhad (2011–2025).

Pengalaman panjang itu menjadikan beliau antara calon yang bukan sahaja faham tentang kos sara hidup dan beban kewangan rakyat, tetapi juga mampu mencari penyelesaian yang realistik dan berkesan.

Hasan bukan ‘calon mee segera’, bergelumang hidup dengan warga Merotai sejak 2015, beliau berkhidmat dalam PAS Kawasan Kalabakan sebagai Bendahari (2015–2019), 2023–2025), Setiausaha (2019–2023).

Hasan Harris sorang anggota aktif Jabatan (Unit) Amal Malaysia Sabah hingga kini, menjadikan beliau sangat dekat dengan masyarakat dan sentiasa berada di lapangan.

Rekod ini memperlihatkan kesetiaannya bekerja di belakang tabir, mengurus, menyusun dan turun padang sejak bertahun-tahun Dan selayaknya diangkat sebagai calon DUN Merotai.

Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang mesra dan sentiasa bersama rakyat, turut aktif dalam sukan bola sepak Liga Safa, BIMB FC, AMAL POINT FC dan KEE UNITED.

Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kadet Laut TLDM (2002–2007), Bendahari Pengakap Kelana C (2001–2003) dan Aktivis kebajikan Semarak Kasih Tawau.

Semua ini menjadikan beliau seorang pemimpin yang bukan sahaja memahami rakyat, tetapi turut berada bersama mereka dalam pelbagai lapisan belia, keselamatan, kebajikan dan keluarga.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan empat calon layak bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.72 Merotai sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17.

Menurut senarai rasmi SPR, calon-calon yang disahkan ialah Hasan Haris mewakili Perikatan Nasional (PN), dengan nama “Hasan Haris” pada kertas undi.

Borang beliau diterima pada 9:05 pagi dan mendapat kedudukan kedua.