Demo Bantah Kehadiran Kecil Berbanding Kezaliman Trump

180

KUALA TERENGGANU – Demonstrasi anti Trump yang diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) adalah amat kecil dan tidak setimpal dengan kezaliman dilakukan oleh Presiden AS itu terhadap penduduk dunia khususnya warga Palestin di Gaza.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu YB Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Trump adalah ‘syaitan besar’ yang menyebabkan bukan sahaja penykiksaan dan kelaparan malah membunuh lebih 60, 000 penduduk Gaza.

“Alhamdulillah kita baru sahaja selesai berhimpun secara aman untuk menzahirkan kemarahan dan penentangan kita terhadap kedatangan Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke bumi Malaysia yang bertuah ini.

“Semua tahu Donald Trump adalah pemimpin yang bertanggungjawab apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin khususnya di Gaza,”

“Ini adalah yang paling rendah yang dapat kita lakukan ini untuk menunjukkan penentangan kita dan kita tidak redha kedatangan musuh Allah ke bumi Malaysia.” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video di media sosialnya, selepas menyertai tunjuk perasaan membantah kehadiran Trump ke Malaysia, pada Jumaat 24 Oktober.

Oleh itu, beliau yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir, yang berucap dan menjayakan demonstrasi aman tersebut.

Sehubungan itu, menurut sumber Quincy Intitute (QI), AS telah membelanjakan sebanyak USD 21.7 billion sepanjang perang Israel Gaza sejak 7 Oktober 2023 sehingg September 2025.

“Amerika Syarikat telah menyediakan sekurang-kurangnya $21.7 bilion bantuan ketenteraan kepada Israel sejak bermulanya perang di Gaza pada 7 Oktober 2023.

“Walau bagaimanapun, di bawah pentadbiran Biden dan Trump, tambahan puluhan bilion dolar dalam perjanjian penjualan senjata telah dijanjikan untuk senjata dan perkhidmatan yang akan dibayar pada tahun-tahun akan datang.

“Laporan ini merangkumi aliran perbelanjaan yang telah digunakan untuk $21.7 bilion itu, serta memperincikan berbilion-bilion komitmen yang dijanjikan oleh kerajaan A.S. untuk senjata yang akan dibekalkan pada masa hadapan,

“yang sebahagian besar atau semuanya akan dibayar melalui peruntukan tambahan untuk bantuan ketenteraan kepada Israel.” menurut QI

Laporan itu menambah, memandangkan skala perbelanjaan semasa dan akan datang, jelaslah bahawa Angkatan Pertahanan Israel (IDF) tidak mungkin melakukan kerosakan yang telah mereka lakukan di Gaza atau meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka di seluruh rantau ini tanpa pembiayaan, senjata dan sokongan politik AS.