Taufan Al-Aqsa Runtuhkan Naratif Hamas ‘Pengganas’

30

KUALA TERENGGANU – Taufan Al-Aqsa, terjahan Briged Al-Qassam me wilayah Israel adalah peristiwa penting bagi umat Islam yang telah meruntuhkan naratif zionis dan sekutunya AS melabel pejuang Hamas sebagai ‘pengganas’.

Justeru, sebaliknya perang antara Hamas dan zionis mendedahksn kepada dunia, bahawa mereka adalah pejuang Islam sebenar.

Pengerusi Lajnah Antarabangasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, peristiwa itu memberi tamparan kepada media barat yang dikuasai oleh zionis yang selama ini mendakwa kumpulan pejuang itu melampau, membunuh membuta tuli.

“Namun, Taufan Al-Aqsa telah meruntuhkan naratif tersebut bahawa mereka bukan pengganas sebaliknya pejuang Islam yang sebenar mengikut lunas-lunas syariat Islam dalam konteks jihad.

“Fekah berperang telah ditunjukkan oleh pejuang Islam di Palestin, dimana mereka tidak menyasarkan kanak-kanak, para wanita, orang tua kecuali jika mereka adalah tentera zionis.

“Inilah akhlak yang ditunjukkan oleh mereka telah disaksikan oleh seluruh pelusuk dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ceramah Himpunan Taufan Al-Aqsa di Dataran Khairunnisan, di sini, semalam.

Jelas beliau, seluruh dunia mengetahui apabila operasi perang Taufan al-Aqsa dijalankan pejuang ini telah masuk menyerbu kem zionis dan kediaman berpandukan ajaran Islam.

“Mereka masuk ke kediaman tentera zionis, ada antaranya mendukung kanak-kanak serta memberi makan dan minum kepada anak-anak tersebut.

“Memimpin orang tua, menjaga mereka dengan sebaiknya bahhkan menjaga tawanan mengikut akhlak Islam dengan beri minum dan pakaian.

“Perkara ini dibuktikan apabila salah seorang tawanan zionis Israel menyatakan ketika berada dalam tahanan Hamas selama dua tahun berada di dalam terowong telah dijaga oleh pejuang Hamas serta dibenarkan menunaikan solat sebanyak tiga kali sehari mengikut ajaran Yahudi, telah disaksikan oleh seluruh pelusuk dunia, “jelas beliau.

Tegasnya, sebenarnya Hamas bukan pejuang yang ganas, sebaliknya pejuang sebenar.

“Inilah yang menakutkan serta mengerunkan zionis Yahudi,” ujarnya.