Kehadiran Trump Sentuh Maruah Umat Islam, Langgar Prinsip Sejagat

86

KUALA TERENGGANU – Kehadiran Trump bukan sekadar soal protokol diplomatik antarabangsa tetapi menyentuh maruah umat Islam, prinsip keadilan sejagat dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Harun Esa justeru mengajak seluruh rakyat bersama rakyat turun menyatakan bantahan secara besar-besaran terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu.

“Donald Trump, ke Malaysia yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini di Kuala Lumpur.

“Sepanjang pemerintahannya, Trump telah memainkan peranan besar dalam mengukuhkan kedudukan rejim Zionis Israel, termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara Israel’ dan memindahkan kedutaan AS ke sana.

” Tindakan itu secara jelas mencabuli undang-undang antarabangsa serta menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia.” tegasnya, dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, Trump juga menjadi pelindung dasar-dasar yang menindas rakyat Palestin dan memberi ruang luas kepada penjajahan di bumi anbiya’.

“Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat semalam menyifatkan Trump sebagai ‘syaitan besar’ yang tidak layak diundang ke Sidang Kemuncak ASEAN.

“Menurut beliau, tindakan mengalu-alukan kehadiran individu yang secara terbuka menyokong kezaliman adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan bertentangan dengan pendirian umat Islam serta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.” tegas Ustaz Harun.

Sehubungan itu, kata beliau, PAS Terengganu akan menggembleng seluruh kekuatan jentera negeri termasuk Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama, NGO Islam dan seluruh rakyat untuk turun ke himpunan aman sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin dan penentangan terhadap dasar kezaliman yang dibawa oleh Trump.

“Mobilisasi besar-besaran ini akan digerakkan secara tersusun dan berdisiplin, selaras dengan arahan kepimpinan pusat.

“Bagi PAS Terengganu, isu ini adalah soal prinsip dan keberanian umat untuk bersuara terhadap ketidakadilan global. Malaysia tidak boleh tunduk dengan alasan ‘mengambil peluang diplomatik’ semata-mata, kerana prinsip tidak boleh digadai atas nama keselesaan politik antarabangsa.” jelas beliau.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berdiri teguh menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa negara ini tidak menyambut kehadiran individu yang menyokong kezaliman terhadap bangsa tertindas.

“PAS Terengganu menyeru seluruh rakyat, khususnya warga negeri ini anak muda, mahasiswa, keluarga dan semua lapisan masyarakat untuk bersiap siaga menyertai himpunan bantah Trump pada 24 Oktober nanti.” tegas beliau lagi