,

7

KUALA TERENGGANU – Pembangunan negara mesti bersifat adil, seimbang dan menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada wilayah tengah dan selatan Semenanjung dengan meminggirkan pantai timur.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menegaskan demikian sambil berpandangan bahawa wujud jurang ketara dari sudut keseimbangan pembangunan wilayah, khususnya bagi negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang Timur.

“Pembangunan Pantai Timur mesti dipacu dengan agenda strategik, walaupun pelbagai inisiatif diumumkan dalam sektor pertanian, perikanan dan infrastruktur, pelaksanaannya di negeri seperti Terengganu perlu diberi keutamaan yang jelas dan tidak hanya berhenti pada peringkat pengumuman sahaja,” tegunya.

Merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau mengulas Belanjawan MADANI 2026 oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat di sini petang semalam.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan sebahagian daripada blok pembangkang, beliau mengambil pendekatan kritis tetapi membina.

“Tugas kami bukan sekadar menentang, tetapi memperbetulkan agar pembangunan negara tidak bersifat berpusat (central-centric), sebaliknya menyeluruh, adil dan inklusif,”

“Saya akan terus memperjuangkan agar Terengganu dan Pantai Timur tidak lagi menjadi wilayah pinggiran, tetapi pemacu utama masa depan Malaysia,,” ujarnya.