KEMAMAN – Muslimat PAS diseru meluaskan pengaruh PAS di kalangan pengundi wanita
menerusi ‘Politik Matang dan Sejahtera’, di masa yang sama menerangkan tentang kesyumulan Islam.
Pengarah Pilihan Raya, Muslimat PAS Terengganu, Shamsiah Abu Bakar berkata tidak mengira berada di posisi atau bidang yang diceburi, mereka berperanan memberikan kefahaman tentang Islam yang syumul.
“Walaupun kita guru Al-Quran atau apa sahaja, jangan kita ajar sembahyang, ajar feqah tidak menyentuh Islam yang syumul , Islam ini bukan hanya di tepi sejadah,” tempelaknya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Taklimat Pilihan Raya di sini pada Isnin 29 Oktober.
Beliau turut mengingatkan muslimat untuk mencapai objektif menang di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) dengan memperkasakan parti tarbiah dan perkaderan untuk menguatkan jentera.
“Kita kena berusaha semaksima mungkin, tidak mengira umur dan pangkat tetapi bekerja untuk kembali kepada Allah dan ditempatkan di tempat yang membahagiakan kita.
“Matlamat kita untuk kembali kepada Allah, kalau kita tidak fikir bekerja kerana Allah kita tidak dah tidak buat kerja-kerja ini,” katanya yang dihubungi hari ini.