Syarat Perdamaian Trump Bodoh!

415

KUALA TERENGGANU – Syarat perdamaian perang Gaza yang diletakkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dianggap bodoh, hanya mahu Palestin serah diri.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal sebaliknya kata beliau, ada pemimpin puak Islam, bersetuju dengan ketetapan Trump itu.

“Trump ajak berdamai di Palestin, kata dia boleh berdamai dengan Hamas di Gaza dengan syarat orang Palestin buang senjata tapi orang Israel ada senjata,

“(Syarat Trump lagi) kumpulan Hamas kena keluar dari Gaza, mujahidin kena keluar, syarat bodoh!,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menyampaikan kuliah minguannya di masjid Rusila, pagi ini.

Menurut beliau 20 syarat yang dikemukakan oleh Trump itu sebenarnya merupakan satu penyerahan diri Palestin kepada sekutunya, rejim zionis Israel.

Justeru Mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu menyeru agar pemimpin negara-negara Islam bersifat berani, bukannya takut kepada AS mahupun yahudi Israel.

“Ini syarat yang bodoh, menguji pemimpin dan orang Islam pada hari ini,

“Bukan macam orang zaman dahulu, berani menghadapi musuh walaupun dengan jumlah yang sedikit, mereka percaya, yakin dengan ketentuan Allah ta’ala,” jelas beliau .

Kata beliau, umat Islam masa kini masih mempunyai kehebatan, tetapi masalahnya, para pemimpin mereka telah menjadi lemah.

“Pemimpin telah hilang kehebatan tetapi Allah masih memelihara Islam dengan syarat,

“Kita kena percaya Islam tidak boleh dihapuskan sama sekali, Allah pelihara Islam dan Islam akhirnya akan menang,

“Ini janji Allah Ta’ala,” tegas beliau lagi.