Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Untuk Global Sumud Flotilla

84
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah., Setuausaha Perhubungan PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Dewan Ulama mengarahkan semua peringkat parti ahli-ahlinya mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, program itu akan diadakan secara serentak selepas solat Isyak di lokasi masing-masing.

“Sehubungan dengan itu juga, kutipan derma dilancarkan untuk tujuan kebajikan serta bantuan guaman, khususnya bagi sukarelawan dan rakyat Terengganu yang terlibat dalam misi berkenaan.

“Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 13017010021328 (Badan Perhubungan PAS Terengganu),” jelasnya dalam kenyataan media pada hari ini.

Menurutnya, program ini akan diurus dan diselaraskan oleh Dewan Ulama’ PAS Negeri dan Dewan Ulama’ PAS Kawasan.

“Tindakan pelaksanaan di peringkat masing-masing amatlah dihargai,” ujar beliau.