Serlahkan Sokongan Moral Menerusi Ziarah

95

Oleh: Siti Mariam

KUALA NERUS – Budaya ziarah bukan sahaja menyerlahkan sokongan moral kepada keluarga yang diuji, malah menjadi pengikat ukhuwah sesama anggota masyarakat.

Setiausaha Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Cik Nur Athirah Suhailah Salim berkata, amalan ziarah perlu terus diperkukuh sebagai satu tradisi dalam kalangan ahli jemaah.

“Ziarah kali ini adalah tanda keprihatinan dan doa kami agar ibunda Puan Naufal kembali sembuh seperti sediakala. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada beliau sekeluarga,” katanya yang mengetuai kunjungan tersebut.

Beliau menambah, kehadiran rombongan Ameerah DUN Seberang Takir diharap dapat menyuntik semangat buat keluarga yang sedang diuji kesihatan.

“Semoga kehadiran kami dapat memberi sedikit semangat buat keluarga ini dalam menempuh ujian,” ujarnya.

Kunjungan hari ini, adalah bagi menziarahi ibu kepada Timbalan Ketua 1 Ameerah DUN, Puan Naufal Kamaruddin, yang kini sedang menerima rawatan akibat serangan strok di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ameerah DUN Seberang Takir sebelum ini turut melaksanakan pelbagai program kebajikan berbentuk ziarah dan sokongan komuniti sebagai usaha mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Komitmen ini akan terus diperkukuh bagi memastikan semangat kebersamaan dan kepedulian sosial sentiasa subur.