Yayasan Amal Malaysia Sampaikan Sumbangan 10,000 Naskah Al-Quran Wakaf

3751

Oleh : Nasrun Abdullah

Khartoum, SUDAN – Lebih dari 10,000 naskah al-Quran sumbangan wakaf rakyat Malaysia telah diagihkan ke pusat-pusat pendidikan yang memerlukan di seluruh pelusuk negara ini.

Pengerisi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu Dr Suhazeli Abdullah berkata, kempen wakaf al-Quran untuk Sudan diteruskan berikutan keperluan yang mendesak.

“Dalam hidup serba daif anak-anak Sudan mereka mempelajari al-Quran di sini dengan anak-anak menggunakan papan-papan kayu dan tanah untuk menulis dan belajar mengaji,

“Pada September lepas, ketika Misi Kemanusiaan dan Qurban pada Aidiladha sebahagian mushaf telah diserahkan dan kali ini, kai ke sini lagi, untuk menyerahkan bakinya,”ujarnya.

Menurutnya, rombongan YAMCT tekah berada di negara ini, sejak minggu lalu menyampaikan dan memantau agihan naskah Al Quran di negara tersebut.

Turut hadir dalam program kali ini adalah ialah Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Dr Suhazeli, berkata naskah al-Quran tersebut telah diagihkan kepada lebih 10 buah masradah di sekitar bandar Al-Gadarif dan Kasalla yang terletak kira-kira 800 km dari bandar ibu negara Khartoum.

“Penyerahan sumbangan itu disempurnakan bersama Yayasan Ehsan (Ehsan charity foundation). Pengagihan sumbangan kepada madrasah-madrasah dan pusat pendidikan yang memerlukan.

“Sistem pendidikan hafaz Al Quran dan madrasah seumpama ini cukup subur di sini,

“Walaupun agihan telah dilakukan oleh Yayasan Ehsan namun YAMCT selaku penganjur dan penerima amanah wakaf dari orang ramai mengambil pendirian memantau agihan ini bagi menunjukkan keperihatinan kami kepada setiap amanah yang diberikan,”jelas beliau.

Delegasi YMACT yang terdiri dari ima oran jawatankuasa dengan kerjasama lapan orang dari pelajar dari Persatuan Pelajar Malaysia Sudan, melaksanakan pemantuan agihan dari dari 14hb hingga 21hb Januari, 2017.

Negera Sudan mempunyai ribuan pelarian yang menumpang berteduh dari pelbagai negara bergolak sekitarnya seperti Eriteria, Ethiopia, Somalia dan Republik Sudan Selatan.