YAMCT Bantu Pelarian Aleppo

1581

HULU TERENGGANU – Delegasi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah berlepas ke Turki dan kemudiannya Jordan untuk ke sempadan Syria bagi membantu ribu pelarian Aleppo dan Idlib.

Screenshot_2017-01-06-17-54-51Pengarah YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah berkata rombongan sukarelawan itu yang berlepas semalam, akan berada selama 12 hari di sempadan Turki-Syria dan sempadan Jordan-Syria bermula 6 hingga 12 Januari 2017.

Beliau berkata tujuan delegasi tersebut bagi menyampaikan bantuan kepada pelarian yang menjadi mangsa perang di Syria.

Katanya, bantuan seumpama itu merupakan kali keempat pernah diusahakan oleh pihak YAMCT dengan kerjasama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negara terbabit.

IMG-20170106-WA0029Menurutnya, sekarang ini musim sejuk tahap beku yang sudah pasti mangsa pelarian berkenaan amat memerlukan bantuan.

“Tujuan kita (YAMCT) adalah untuk menghantarkan bantuan kepada pelarian-pelarian yang berada di sempadan Syria-Turki dan sempadan Syria-Jordan.

“Ini adalah tahun keempat kita melaksanakan program yang sama dengan memberi bantuan terutama sekali sekarang ini musim sejuk yang mencecah tahap beku di negara-negara berkenaan.

IMG-20170106-WA0020“Kita mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan bantuan dengan menghantar barangan keperluan seharian, baju sejuk, alat pemanas badan serta barangan makanan yang diperlukan oleh pelarian di musim sejuk ini,” ketika bersama program ‘Dapur KAMI’ di Kampung Kepah, Telemong, dekat sini, hari ini.

Dr. Suhazeli bersama isterinya, Dr Khadijah Musa turut membantu aktivis media KAMI menyediakan makan tengahari kepada penduduk kampung dan bagi para petugas operasi pembersihan pasca banjir.

Menurutnya lagi, delegasi YAMCT itu, diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah bersama lima orang sukarelawannya termasuk Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Terengganu, Che Salmi Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Ustaz Hilmi Harun dan seorang Selebriti Pencetus Ummah (PU) Izzat.