Terengganu, Malaysia

Yaman; Lebih Ramai Terkorban, Kehilangan Tempat Tinggal dan Tiada Kemudahan

hqdefault

Jet gabungan Arab telah ‘menghentam’ beberapa bandar di seluruh Yaman tatkala organisasi-organisasi bantuan memberi amaran tentang situasi kemanusiaan yang semakin merosot.

Jet pejuang mensasarkan depot senjata Houthi yang dikawal di Fajj Attan, kejiranan yang menghadap ke ibu negara Yaman Sanaa.

yamanPenduduk berkata pada hari Rabu, serangan udara juga merosakkan teruk sebuah pangkalan tentera laut yang dikawal pemberontak Houthi di wilayah al-Hudaydah di pantai Laut Merah.

Saksi berkata, di lokasi lain di Yaman, serbuan gabungan Arab itu turut melanda wilayah utara Hajja, berhampiran sempadan dengan Arab Saudi.

Secara berasingan, Kementerian Kesihatan Yaman berkata 36 komando polis terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan kem polis di Sanaa.

Kementerian, yang dikawal oleh Houthi yang bersekutu dengan Iran menyatakan sekurang-kurangnya 100 anggota polis cedera dalam serangan semalam.

Sementara itu, pegawai keselamatan berkata semasa serangan berlaku, seramai 150 anggota tentera yang berada di kem Sana’a yang dikendalikan oleh panglima setia kepada Ali Abdullah Saleh, bekas presiden Yaman.

_82059972_82054249Namun, laporan dari kementerian itu tidak dapat disahkan secara bebas oleh Al Jazeera.

Dengan latar belakang pertempuran tersebut, satu laporan baru oleh ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia Margaret Chan berkata, konflik di Yaman telah mengakibatkan kematian sehingga 2,000 orang dan 8,000 cedera, termasuk beratus-ratus wanita dan kanak-kanak.

Beliau tidak pula menyatakan berapa ramai orang awam yang telah menjadi korban.

Chan berkata bahawa pembunuhan kadang-kadang termasuk menghapuskan satu keluarga.

Beliau memberi contoh, seorang wanita berusia 65 tahun bernama Fathiya yang kehilangan 13 ahli keluarganya dalam serangan yang menyebabkan beliau satu-satunya penjaga tiga cucu yang masih hidup.

Screenshot (1333)Awal minggu ini, Oxfam, kumpulan kemanusiaan antarabangsa, berkata perang telah menyebabkan sehingga 16 juta orang di Yaman tidak mempunyai akses kepada air bersih.

Dan menjadikan setengah juta orang telah kehilangan tempat di seluruh negara.

Kempen serangan udara gabungan Arab telah menghancurkan kedudukan Houthi, depot peluru dan pangkalan, tetapi sebahagian besarnya gagal membuka jalan untuk menawan semula bandar selatan yang strategik, Aden.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan